Chapter 10

Fantasy Completed 1471

Akhirnya Andy tiba di tempat yang dituju , dia menghentikan gerabak kudanya dan turun di hadapan sebuah pasar . Seperti biasa dia mengangkat bakul dan guni itu turun daripada gerabaknya dan mengambil upahnya . Suasana begitu riuh rendah , begitu ramai orang ke pasar hari ini . Dia melihat ke suatu arah di mana ramai orang tertumpu di kawasan itu . Andy berjalan ke arah sudut itu untuk melihat apa yang menariknya sehinggakan ramai orang melihat ke situ .

"Jadi selama ini dia seorang..... " Andy terkejut melihat lukisan yang di tampal itu merupakan gambar Nayla . Dialah selama ini lagi puteri yang hilang itu .

"Wah hadiahnya begitu lumayan , aku akan mencarinya" kata seorang lelaki di sebelahnya .

"Nampaknya semua orang kampung akan mula mencari tuan puteri" katanya sendiri sambil menghirup tehnya .

"Mengapalah seorang puteri mahu melarikan diri dari istana ? " kata seorang lelaki yang duduk di sebelah Andy .

"Mungkin kerana dia berasa sunyi duduk di istana" jawab Andy .

"Nampaknya orang ramai begitu sibuk mencari tuan puteri" kata lelaki itu lagi .

"Baguslah tu , sekurang-kurangnya dia akan kembali ke istana semula . Lagipun dunia luar ini tidak sesuai dengan orang seperti dia , sekurang-kurangnya dia akan pulang ke istana dengan selamat"

"Selamat ? Saya tak rasa dia akan pulang dengan selamatnya"

"Apa maksud Encik ? " tanya Andy .

"Apabila seseorang menjumpai barang yang bernilai bukan mudah dia mahu lepaskannya . Lebih-lebih lagi dengan sifat ketamakan seseorang" jelas lelaki itu .

Andy mula risau akan keselamatan Nayla . Kini dia dalam keadaan yang sangat bahaya , sesiapa sahaja boleh menculiknya . Dia terus bangun dan berjalan pergi menuju ke arah gerabaknya tadi . Dia menaiki kuda dengan pantas pergi ke tempat terakhir dia melihatnya .

"Aduh!! Kemana ni ? " nampaknya Nayla seperti sudah sesat . Sudah lama dia berjalan tapi masih tidak menjumpai pekan atau kampung . Dia duduk berehat di bawah pokok .

Sedang dia duduk berehat kedengaran tapak kaki kuda menghampirinya , dia melihat lelaki yang jahat itu mahu melalui kawasan ini . Dia terus bangun dan berlari masuk ke hutan , dia bersembunyi di sebalik batu dan melihat mereka melaluinya . Nayla menghembus nafas lega apabila melihat mereka berlalu pergi .

"Nampaknya semua orang pasti sedang memburu tuan puteri , apa yang dilakukan sekarang ini ? " tanya dia kepada dirinya sendiri .

Nampaknya semua perkara berlalu tanpa dirancangnya . Semua perkara ini tidak seperti apa yang dibayangkan . Segala yang dibayanginya hancur musnah begitu sahaja .

Mengapa orang sepertinya tidak boleh menjalani kehidupan seperti orang biasa ? Itulah persoalan yang selalu Nayla fikirkan .

____________________________________

"Fiona , mengapa awak mahu tinggal di istana ini ? " tanya Nayla .

"Jika diberi peluang kepada semua orang seperti patik , memang semua akan memilih untuk tinggal di sini tuanku"

"Kalau begitu , bolehkah saya tinggal di luar istana dan menjalani hidup biasa? " tanya Nayla kepada pembantu istanannya .

"Tuanku , diluar sana sangat bahaya . Patik yakin suatu hari nanti persoalan tuanku akan terjawab"

_______________________________________

"Kemanalah agaknya tuan puteri berada sekarang" kata Fiona sambil termenung melihat bilik Nayla .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience