Chapter 1

Fantasy Completed 1471

"Tuan puteri sudah bangun ? " Nayla terjaga daripada tidurnya apabila mendengar ketukan pintu daripada pembantu istananya .

"ya" jawab Nayla lalu bersiap menjalani hidupnya seperi biasa .

"selamat pagi!! " ucap Nayla kepada dirinya sendiri sambil melihat pemandangan luar biliknya .

Dia menghirup udara segar di jendela biliknya itu . Dia selalu tertanya-tanya bagaimanalah kehidupan rakyat biasa yang tinggal di kawasan perkampungan , adakah mereka hidup seperti dia ataupun kehidupan mereka lebih menarik . Nayla beranggapan menjadi orang kampung pastinya seronok kerana mereka hidup bebas dan boleh pergi ke mana sahaja .

Nayla terkejut bahunya disentuh oleh seseorang . Dengan pantas dia menoleh ke belakang . Dia tersenyum melihat kawan baiknya , Fiona yang merupakan seorang pembantu istana datang menyergahnya .

"Apa yang tuan puteri tenungkan ? " tanya Fiona .

"Beta hanya seronok melihat perkampungan di sana . Awak berasal dari sanakan ? Seronok tak tinggal di perkampungan ? " tanya Nayla .

"Ya patik berasal dari sana , tapi kehidupan sebagai orang kampung sangat berbeza dengan kehidupan di sini tuanku"

"Beta harap suatu hari nanti beta boleh ke sana"

"Tuanku" seorang lagi pembantu istana datang .

"Tukang jahit istana sudahpun tiba" katanya lagi .

Nayla diiringi dengan beberapa orang datang ke bilik pakaian . Beberapa hari lagi merupakan hari lahir Nayla yang ke lapan belas tahun di mana seluruh rakyat akan dijemput untuk hadiri ke majlis tersebut . Buat pertama kalinya rakyat dapat melihat puteri negara mereka . Oleh itu , pakaiannnya akan dijahit mengikut kesesuain puteri .

Pada masa yang sama seorang pemuda yang baru pulang dari hutan membawa beberapa ekor ayam menuju ke sebuah pekan. Suasana pekan itu sungguh riuh rendah dengan suara orang dan banyak kereta kuda yang membawa barang dagangan menuju ke bandar sebelah .

"Ini dia ayamnya" kata Andy kepada seorang peniaga .

Peniaga itu menerima ayam itu dan memberinya sedikit wang .

"Aik !! Ini je ke ? Tambah lah sikit , penat aku pergi berburu"

"Yelah yelah.... nah ni je aku boleh bagi..... perniagaan pun tak berapa bagus sekarang ni"

Andy menerima wang itu dan memasukkannya ke dalam kocek seluarnya . Dia berjalan pergi dan ternampak seorang peniaga yang sudah tua menjual selimut yang dikaitnya sendiri . Andy datang ke arahnya dan menghulurkan wang kepadanya dan berlalu pergi .

"Tunggu!! " panggil perempuan tua itu .

"Tak mengapa saya tidak perlukannya" kata Andy .

"Nah , cuaca sekarang sejuk ... kamu perlukannya" wanita tua itu memberinya satu selimut . Andy menerimanya dan mengucapkan terima kasih .

Dia berjalan melalui sebuah perkampungan , di perkampungan itu dia ternampak beberapa orang kanak-kanak sedang berlari-lari . Dia tersenyum melihat kanak-kanak itu .

"Tok!! Tok!! " bunyi pintu diketuk .

"Andy... sudah lama kamu tidak datang" kata orang kampung itu .

Andy menghulurkan selimut yang berada di tangannya kepada wanita itu .

"Cuaca sekarang begitu sejuk" kata Andy .

"Terima kasih Andy..... jemputlah makan tengah hari dulu"

"Tak mengapalah mak cik.... saya perlu pergi sekarang"

Cuaca begitu redup , daun-duan pokok melambai-lambai ditiup angin . Nayla mengusap daun bunga dengan perlahan-lahan . Dia suka menghabiskan masanya di taman bunga istana melihat beberapa tukang kebun istana menanam pokok bunga . Dia seronok melihat pokok itu membesar dan menghasilkan bunga yang sangat cantik . Kedengaran tapak kaki kuda yang memasuki istana . Nayla pergi ke arah bunyi itu .

"Wah!! Cantiknya" kata Nayla .

"Bunga itu semua akan dihiaskan di dalam istana sebagai persiapan hujung minggu ini" beritahu Fiona .

"Tak sabar hujung mingguni.. selain umur beta meningkat lapan belas tahun.... beta akan melihat orang-orang kampung" kata Nayla .

"Selain itu , tuan puteri juga akan berjumpa dengan ramai putera" kata Fiona .

Senyuman Nayla menghilang , dia terlupa akan pada hari itu dia akan dijodohkan dengan seorang putera yang berada di situ . Apabila teringat akannya , dia mula risau . Dia tidak mahu berkahwin dengan seorang putera yang tidak dikenalinya . Tetapi itu merupakan permintaan ayahandanya . Tiada siapa yang boleh menolak permintaan raja .

Andy melihat ramai orang sedang melihat satu notis . Dia juga tertarik untuk melihatnya . Notis itu tertulis tentang majlis hari lahir puteri hujung minggu ini . Semua penduduk kampung begitu teruja mendengarnya . Kedai pakaian dipenuhi ramai orang yang mahu berpakaian cantik dan kemas pada majlis itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience