Chapter 7

Fantasy Completed 1471

Setelah hampir satu jam perjalanan mereka , Nayla mula berasa bosan . Dia cuba melelapkan matanya lalu tertidur . Dengan sengaja Andy membawa kereta kuda itu dengan laju melalui kawasan yang tidak rata . Hentakkan yang kuat itu mengejutkannya daripada tidur . Nayla bangun lalu mengurut-ngurut pinggangnya yang sakit itu .

"Seronok tidur ? " tanya Andy .

"Bolehlah" jawab Nayla .

"Ouh saya sepatutnya berjagakan.... maafkan saya" kata Nayla lagi .

Andy hanya berdiam diri dan fokus dengan jalan . Buat pertama kalinya Nayla menaiki kereta kuda . Dia mengeluarkan tangannya dan merasai udara yang melalui tapak tangannya .

Semakin lama , hari semakin gelap . Kuda juga sudah memperlahankan langkahnya . Andy memberhentikan gerabak kuda itu dan berhenti di tepi . Sudah tiba masanya untuk kuda ini berehat .

"Tuanku , semua pengawal sudah memeriksa di kawasan pekan , perkampungan dan pasar . Mereka tidak dapat menjejaki tuan puteri"

"Kalau begitu , pasti dia sudah jauh"

"Tuanku mahu kami war-warkan kepada penduduk kampung tentang kehilangan puteri ? "

"Hari lahirnya hampir tiba , kita tiada pilihan lain . Beritahu kampung sebelah tentang kehilangan puteri dan letakkan ganjaran yang tinggi kepada sesiapa yang menjumpai tuan puteri" arah raja .

Andy menghidupkan unggun api di tengah hutan itu , kemudian dia termenung melihat api itu sambil memakan sebiji epal . Perjalanan yang panjang memenatkan Nayla walaupun dia hanya duduk di situ . Dia cuna melelapkan matanya tetapi tidak boleh .

"Saya tertanya-tanya , mak cik yang di kampung itu mak cik Andy ke ?" dengan tiba-tiba Nayla menanyakan soalan itu .

"Bukan"

"Habis tu ? Siapa ? " tanya Nayla .

"Mereka ialah orang yang banyak menolong aku , dia dah jadi seperti keluarga aku" jawab Andy .

"Jadi di mana keluarga sebenar Andy ? " tanya Nayla lagi .

"Tiada sebab aku mahu beritahu kau tentang keluarga aku"

"Mengapa dia mahu berahsia tentang keluarganya ? Siapa dia sebenarnya ? " kata Nayla dalam hati .

"Sepatutnya aku yang tanya kau , di mana keluarga kau ? Di mana asal kau ? " tanya Andy pula cuba menyiasat siapa sebenarnya gadis ini .

"Aaaa.. aaaa.. aaa... keluarga aku ? Sebenarnya..... sebenarnya ....saya letih sangat , esok saya akan beritahu ...... bye selamat malam" kata Nayla lalu melelapkan matanya . Dia tidak boleh memberitahunya hal sebenar . Oleh itu dia berpura-pura tidur bagi mengelak daripada soalan itu .

"Nampaknya dia juga ada rahsia" katanya Andy sendiri .

Sedang Andy cuba melelapkan matanya , dia terdengar suatu bunyi daripada semak . Dia terus bangun mengambil kayu berhampirannya , dia mematikan unggun api itu dengan air bagi mengelakkan dirinya dilihat orang jahat .

"Tolong!! " Andy menoleh ke arah Nayla dan terkejut melihat Nayla yang diculik oleh beberapa orang . Kemudian kepalanya seperti dihentak dengan kayu membuatkannya pengsan .

Andy membuka matanya dan mendapati dirinya sedang dibawa oleh seseorang tetapi dia tidak tahu kemana arah tujunya . Dia kembali pengsan semula .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience