Pada masa yang sama , mak ciknya menulis sepucuk surat dan menghantarnya melalui seekor burung ke istana kerajaan sebelah .
"Tuanku , ada sepucuk surat" kata seorang pengawal .
"Hahah , akhirnya dia telah ubah fikirannya setelah sekian lama" kata raja yang merupakan ayah kepada Andy .
Setahun yang lalu , Andy merupakan seorang putera kerajaan . Dia juga mahukan kebebasan seperti Nayla . Suatu hari dia keluar dari istana dan tidak pulang semula . Andy juga menulis sepucuk surat untuk ayahandanya memberitahu supaya jangan mencarinya lagi . Dia tidak mahu menjadi seorang putera lagi .
Andy berjalan sehingga ke pekan sebelah di mana dia mencari rumah bekas pembantu istannya . Bekas pembantu istananya ialah mak cik yang sentiasa menolongnya . Mulai hari itu Andy mulai hidup baharu di luar istana .
Dan seminggu yang lalu Andy menerima sepucuk surat daripada ayahandanya berkenaan majlis hari lahir puteri Nayla . Dimana raja mengarahkannya untuk menghadiri majlis itu bagi pihak kerajaannya . Andy membalas surat itu dengan bantahan , dia bukan lagi seorang putera .
Dan pada hari ini , surat yang baru di terima ini mengatakan bahawa Andy akan pergi ke sana . Ianya bermaksud Andy akan kembali menjadi seorang putera .
Pintu istana di buka , perkarangan istana dipenuhi orang ramai . Buat pertama kalinya , Nayla akan berjumpa dengan semua orang . Perlahan-perlahan dia menuruni tangga . Semua orang yang berada di situ tertumpu kepadanya .
"Tuan puteri , raja arahkan tuan puteri untuk berjumpa dengan putera Andrew dari kerajaan sebelah"
Dengan rela Nayla berjalan mengikuti pengawal itu berjumpa dengan seorang putera yang tidak dikenalinya . Dia melihat seorang putera sedang berdiri melihat pemandangan kampung .
"Tuanku , tuan puteri sudah sampai" kata pembantu istana itu lalu pergi meninggakkan mereka .
"Mesti seronokkan hidup di perkampungan sana sehinggakan tuan puteri melarikan diri ke sana" kata putera itu .
Nayla tidak melihat ke arah putera itu .
Putera itu berpusing memandang ke arah Nayla .
"Ada orang beritahu saya , yang tuan puteri ni suka akan putera yang kacak dan baik hati . Agak-agak tuan puteri saya begitu ke ? " Suara dan ayat itu seperti pernah didengarinya sebelum ini .
Nayla memandang ke arah putera itu .
"Andy ? " tanya Nayla .
"Hahaha , saya bukan Andy . Saya putera Andrew"
"Nampaknya tuan puteri masih menunggu dia" katanya lagi sambil mengeluarakan gelang di poket bajunya .
"Tujuan saya ke sini adalah untuk melamar tuan puteri"
"Tapi saya tak suka awak , saya hanya suka seseorang yang saya jumpa tempoh hari . Awak kenal Andy ? "
"Tapi buat pengetahuan tuan puteri , Andy ada memberitahu saya yang dia sukakan seorang gadis yang bernama Nayla . Dan dia hanya seorang gadis biasa"
"Ini pelik , cik Nayla juga ada beritahu saya yang dia sukakan seseorang yang bernama Andy . Mungkin kami menyukai orang yang sama" kata Nayla .
"Baiklah kalau begitu , saya membawa gelang ini untuk melamar cik Nayla untuk Andy dan tuan puteri untuk saya"
Nayla menghulurkan tangannya tanda persetujuan . Andy menyarungkan gelang itu . Hari itu menjadi hari yang bahagia buat Nayla . Dia berbesar hati mengikut arahan ayahandanya untuk berkahwin dengan putera Andrew .
"Itulah sebab mengapa tuan puteri memakai gelang palsu itu berbanding gelang yang sangat mahal" kata seorang pembantu istana kepada beberapa orang pembantu istana yang baru bekerja diistana ini .
"Di manakah mereka sekarang ? "
"Ouh ya di mana ya ?"
Andy dan Nayla yang berpakaian biasa berjalan di tepi sungai . Nayla membuka kasutnya dan merendamkan kakinya di air sungai yang sejuk itu . Beberapa ekor ikan melintasi kakinya .
"Aaaaaa!!! " jerit Nayla menarik kakinya keluar daripada air itu .
Andy dengan pantas melihat , dan ianya hanya ikan . Dia terus menangkap ikan itu menggunakan tangannya .
"Apa yang awak buat ? "
"Ikan ni boleh dijual di pasar" kata Andy .
"Putera Andrew , puteri Nayla . Sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah . kata salah seorang pengawal .
Sebelum pulang mereka melalui kawasan pekan dan menjual ikan itu . Hasil jualan itu diberikan kepada seorang gelandangan di situ . Begitulah kehidupan mereka berdua . Diluar istana mereka bukan seorang putera dan puteri . Mereka menjadi Andy dan Nayla di luar istana . Apabila melangkah masuk di kawasan istana mereka akan menjadi putera Andrew dan puteri Nayla .
~TAMAT~
Share this novel