Chapter 9

Fantasy Completed 1471

Andy menarik tangan Nayla menuju ke arah gerabak kudanya . Nayla melihat ke arah Andy lalu tersenyum . Entah mengapa dia mula merasakan suatu perasaan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini .

"Tunggu!! " kata lelaki itu sambil menarik tangan Nayla . Dia menoleh ke arah lelaki itu .

"Betul ke apa yang dia katakan ? " Dia mahukan keapastian daripada Nayla sendiri .

"Ya betultu" jawab Nayla sambil tersenyum melihat ke arah Andy .

"Maafkan saya , kami perlu pergi . Terima kasih untuk sarapan" Andy meleraikan cengkaman tangan lelaki itu yang memegang tangan Nayla lalu menarik Nayla ke gerabak kudanya .

Tanpa menoleh ke belakang , dengan pantas mereka bergerak pergi meninggalkan tempat itu .

"Haish ..... mengapalah aku kata begitu tadi . Mengapa aku tak tinggalkan sahaja dia di sana . Kenapa kau perlu susahkan diri kau bawa dia bersama kau" bisik hati Andy . Fikirannya mahu sahaja meninggalkan Nayla di mana-mana tetapi hatinya tidak membenarkannya . Pada masa yang sama , Andy berasa curiga dengan Nayla .

Berita tentang kehilangan puteri Nayla telah tersebar diseluruh kawasan . Pengawal istana juga mula menggeledah setiap rumah di semua kawasan perkampungan .

"Jadi sebenarnya kau kenal puteri kan" teka Andy . Dia menyangka Nayla merupakan kerabat diraja .

"Hah!! Mengarutlah , macam yang saya katakan tadi itu hanya khabar angin" jawab Nayla .

Andy menghentikan gerabak itu di tepi jalan .

"Jadi siapa kau yang sebenarnya ? kau berasal dari mana ? " Persoalan itu membuatkan Nayla diam tak berkata-kata .

"Kalau begitu turun daripada gerabak ini" kata Andy .

Nayla dengan rela hati turun daripada gerabak itu . Sudah tiba masanya dia memulakan hidupnya sendiri , dia tidak mahu susahkan lelaki ini lagi .

"Mulai sekarang , kau bukan orang suruhan aku lagi . Selamat tinggal" kata Andy lalu pergi meninggalkannya keseorangan di situ .


"Tuan!! Tuan!! " seorang lelaki berlari membawa sehelai gambar lukisan . Dengan tercungap-cungap dia menunjukkan gambar itu kepada ketuanya .

Apabila melihat gambar , cawan kaca ditangannya dihempas ke tanah . Dia mengambil lukisan itu dan membakarnya .

"Memang tak syak lagi , memang dia la puteri tu" kata ketuanya dengan penuh perasaan marah .

Lelaki itu mengarahkan pengikutnya menyiapkan kuda-kuda dan senjata pergi mencari gadis yang baru sahaja pergi dari tempat ini .

"Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang ini ?" fikir Nayla . Dia berpatah balik melalui jalan tadi .

"Tak boleh , tak boleh . Jangan lalu kawasan ini" Nayla tidak boleh melalui kawasan yang dilalui tadi . Pasti dia akan ditahan oleh lelaki-lekaki tadi . Oleh itu dia meneruskan perjalanannya tanpa arah tujuan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience