BAB 13

Romance Completed 15293

Andrian jatuh terjelepuk. Mencurah-curah air mata yang membasahi pipi.

” Annisa…”

Bergetaran suara Andrian menyebut nama isterinya.

” Nisa…abang datang…”

Andrian tersedu sedan. Hanya TUHAN yang tahu betapa sedihnya dia disaat itu. Kesedihannya sudah tidak mampu dibendung. Langsung tidak dipedulikan mereka yang berada di kawasan perkuburan itu.

” Ini suami saya, Amran.” Jannah memperkenalkan seorang lelaki yang muncul dari belakang butik sambil mengendong seorang bayi. Andrian tergamam. Sumpah, dia tidak pernah lupa wajah ‘kekasih’ Annisa. Lelaki ini yang dilihat keluar dari rumahnya dahulu.

” Kau! Kau lelaki yang keluar masuk rumah aku malam tu, kan?” Amran dan Jannah saling berpandangan.

Jannah berfikir seketika kemudian dia mengukir senyuman.

” Setahu saya sekali saja saya pernah bawa suami saya ke rumah awak. Itu pun sebab kebetulan kami lalu di kawasan rumah awak malam tu dan niat kami ingin menjenguk Annisa bila dapat tahu yang Annisa disahkan hamil. Tapi malam tu awak tak ada dekat rumah.”

Andrian terdiam. Dia mula tidak sedap hati.

” Tapi kenapa aku tak nampak kau? Aku hanya nampak dia saja yang keluar dari rumah tu.” Andrian mula ragu-ragu.

Jannah memandang suaminya untuk meminta kepastian. Mustahil suaminya ada datang ke rumah Annisa lagi. Setahunya malam itulah kali pertama dia membawa suaminya menjenguk Annisa. Itu pun kebetulan mereka lalu berhampiran rumah Annisa lepas balik dari makan malam.

” Sebelum balik tu kan abang ke toilet dulu. Sayang dan Nisa kan tunggu abang dekat luar.” Amran menjelaskan. Mana ada dia ke rumah Annisa selepas malam itu. Lagipun untuk apa dia ke rumah Annisa tanpa Jannah melainkan kalau Jannah mengajak dia dan dia tidak sibuk, mungkin dia boleh menemani Jannah. Kalau tiada hal lain rasanya tidak perlu dia menjejakkan kaki ke situ. Lagipun Annisa tinggal keseorangan. Itupun tidak banyak Jannah bercerita tentang Annisa dan Amran juga malas mahu mengambil tahu.

” Oh, yalah abang. Masa tu saya dalam kereta. Suami saya tumpang tandas rumah Annisa. Sambil-sambil tu saya dan Annisa berbual sementara tunggu suami saya.”

” Kau tipukan?” Andrian masih kurang percaya. Mustahil dia tersilap pandang. Atau sebenarnya apa yang dikatakan oleh Jannah itu benar? Cuma dia yang tak perasan yang Jannah ada di dalam kereta. YA ALLAH, betul ke aku yang tersilap?

Jannah dan Amran mengerutkan dahi. Mereka langsung tidak faham kenapa Andrian terlalu mengesyaki Amran.

” Astagfirullah…” Jannah memekup mulutnya. Rasanya dia sudah dapat tangkap apa yang ada difikiran Andrian.

” Jadi selama ini awak tuduh suami saya ada hubungan dengan Annisa? YA ALLAH, Andrian, apa awak dah buat ni? Kerana prasangka awak yang tak berasas tu awak dah menghukum Annisa. Kenapa awak tak dengar penjelasan dari Annisa dulu? Annisa tak bersalah, Andrian!” Jannah terkilan. YA ALLAH, kasihan Annisa. Walaupun Annisa tak pernah berterus terang Jannah seakan dapat baca apa yang terjadi. Annisa dihukum tanpa belas kasihan.

Bagaikan masih terasa genggaman tangan Annisa sebelum ditolak ke bilik bersalin. Terbayang-bayang wajah Annisa yang sedang menanggung kerinduan yang teramat sangat pada suaminya. Jannah sendiri tidak dapat membayangkan jika dia berada di tempat Annisa.

Andrian hampir melurut mendengar penjelasan itu. YA ALLAH, apa aku dah buat ni? Betulkah aku telah membuat tuduhan melulu pada Annisa?

” Mana Annisa, Jannah? Mana Annisa?”

Jannah dan Amran saling berpandangan. Seakan berat untuk mereka bersuara. Jannah mengambil bayi kecil dari kendongan Amran.

” Ini Muhammad Fitri Shah… anak Annisa.”

Andrian tergamam. Disambut bayi kecil itu. Muhammad Fitri Shah? Itulah nama yang menjadi anganan Andrian dan Annisa. Andrian mengucup dahi anak kecil itu. Berderai air matanya menahan rasa sebak di dada. Anak itulah yang dinafikan kelahirannya. Anak itulah yang disangkakan selama ini terhasil dari hubungan haram. YA ALLAH, berdosanya aku kerana meragui isteriku malah menghukum dia selama ini.

” Mana Annisa?” Andrian semakin berharap dapat bertemu Annisa. Rindunya semakin menggunung. Ingin dipeluk cium wajah isteri kesayangannya. Ingin dia melutut meminta maaf kepada Annisa. Ingin ditebus segala kesalahannya pada Annisa. Annisa… maafkan abang. Abang janji abang tak akan ragui Nisa lagi. Bagi abang peluang untuk menebus salah silap abang pada Nisa dan anak kita. Abang nak kita sama-sama membesarkan Muhammad Fitri. Abang janji abang tak akan sia-siakan Nisa lagi. Abang janji….

” Nisa… bangun Nisa. Jangan tinggalkan abang. Abang banyak buat dosa pada Nisa. Bagi abang peluang untuk tebus kesalahan abang. Bangun Nisa…” Andrian sudah meraung. Tangannya ligat menguis-nguis tanah pusara Annisa. Dia tidak dapat menerima hakikat yang Annisa sudah pergi meninggalkannya.

” Bangun Nisa! Jangan jadi isteri derhaka. Nisa kena dengar cakap abang. Nisa nak jadi isteri solehah abang, kan? Jadi Nisa mesti dengar cakap abang. Sekarang abang nak Nisa bangun, Nisa mesti bangun!” Andrian menggali kubur Annisa menggunakan tangannya. Dia sudah hilang sabar apabila Annisa tidak mahu mendengar arahannya.

” Mungucap Andrian. Bawa mengucap.”

” Bangun Nisa. Jangan tinggalkan abang. Abang tak boleh hidup tanpa Nisa. Abang merayu jangan tinggalkan abang. Nisa! Tolonglah, abang merayu…” Andrian sudah meraung di situ. Amran menarik Andrian dari meneruskan perbuatannya menggali kubur Annisa. Andrian menepis. Dipeluk batu nisan Annisa, tidak mahu Amran memisahkannya dengan Annisa. Akhirnya Amran yang setia berada disisi Andrian hanya mampu melihat dengan rasa belas di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience