BAB 5

Romance Completed 15293

” You nak ke mana tu?” Suara Maya lantang kedengaran. Andrian yang baru saja ingin melangkah keluar terus terhenti tindakannya.

” I nak balik rumah Nisa.”

” I tak benarkan you ke sana. You sepatutnya duduk di rumah, jaga I.”

” Dah dua minggu I tak balik jenguk Nisa. Tiap kali turn dia, you mesti tak benarkan I balik. You nak I jadi suami tak adil ke?” Suara Andrian sudah mendatar. Geram juga dia dengan sikap Maya yang pentingkan diri sendiri. Dahulu masa mula-mula mereka bernikah, Maya sendiri sudah berjanji pada Annisa yang dia mahu Andrian berlaku adil. Isnin, selasa dan rabu Andrian akan bermalam di rumah Maya. Hari khamis, jumaat dan sabtu Andrian akan bermalam di rumah Annisa manakala setiap ahad, Andrian akan memilih dua kali Ahad di rumah Annisa dah dua kali ahad di rumah Maya. Pada mulanya semuanya berjalan dengan lancar tetapi kemudian masuk saja bukan ketiga, Maya sudah mula menunjukkan sikap sebenarnya yang suka memerintah. Maya mahu setiap kata-katanya dituruti Andrian.

Andrian pula bagaikan dicucuk hidung hanya mendengar dan menurut. Lagipun Andrian sudah penat bertengkar dengan Maya. Kadang-kadang disebabkan perkara kecil saja, mereka sudah bertengkar hebat lagi-lagi bab Annisa. Pantang benar Maya tiap kali mendengar nama Annisa, pasti suhu kemarahannya akan meningkat. Kalau boleh jangan sebut nama Annisa di hadapannya.

” I tak kira. Malam ni you kena bermalam di sini. I tak benarkan you balik ke sana. You kena ingat yang I mengandung sekarang. Kalau apa-apa jadi pada kandungan I, siapa yang nak bertanggungjawab?” Itulah alasan Maya tiap kali dia ingin menghalang Andrian daripada bermalam di rumah Annisa. Tak habis-habis mempergunakan kandungannya untuk menyekat pergerakan Andrian dan akhirnya Andrian pasti akan mengalah.

” Annisa juga perlukan I, Maya. Tak boleh ke you mengalah sikit. Sampai bila you nak halang I daripada berjumpa Nisa? Dulu you jugak beria-ia berjanji pada Nisa yang you akan pastikan I berlaku adil. Tapi sekarang kenapa you sendiri yang mungkir janji?” Andrian masih berdiplomasi.

Lagipun hatinya terlalu merindui Annisa. Apa khabar agaknya Annisa. Tidak pernah dia meninggalkan Annisa terlalu lama seperti itu. Rindunya membuak-buak namun melihat wajah tegang Maya dengan perut yang semakin memboyot membuatkan hati Andrian berbelah bagi sama ada mahu balik ke rumah Annisa atau bermalam saja di rumah Maya. Dalam hati dia bimbang juga keselamatan Maya. Kalau apa-apa terjadi pada Maya dan kandungannya, pasti dia akan menyalahkan dirinya seumur hidup.

” Itu dulu. Manusia mudah berubah. Sekarang you suami I dan I tak mahu berkongsi suami dengan orang lain!” Lantang Maya menjerit menyebabkan Andrian mengetap kuat bibirnya. Lupakah Maya yang dia yang perampas sebenarnya. Lupakah Maya yang dia sendiri penyebab Andrian beralih arah. Lupakah Maya yang sebelum ini siapa yang bertakhta di hati Andrian?

” You lupa ke Maya yang Annisa tu isteri I. Isteri pertama I. Annisa tu perempuan pertama yang bertakhta dihati I sebelum you. Annisa yang lebih berhak terhadap I.”

” Annisa, Annisa, Annisa! I jelak dengar nama perempuan tu! You ingat dia tu baik sangat ke? Isteri solehah konon. Belakang you, you tak tahu perangai dia tu macam mana. You yang bodoh sangat. Percaya sangat dengan betina sundal tu!”

” Watch your mouth, Maya! You memang melampau. Kalau you panggil Annisa betina lagi, i tampar mulut you. Kesabaran I ada hadnya. Jangan sesekali mencabar kesabaran I. Annisa isteri I. Isteri yang I muliakan. I tak nak dengar you cuba buruk-burukkan Annisa lagi. Faham?!”Melengking kuat suara Andrian. Ternyata kesabarannya sudah teruji. Pantang dia kalau Annisa diburuk-burukkan.

Annisa terlalu mulia untuk dipanggil betina sundal! Dengan langkah pantas Andrian terus mendaki anak tangga menuju ke bilik. Dia bimbang kesabarannya akan semakin menipis dan dia takut penampar sulungnya akan melayang ke muka bersih Maya.

Maya mengetap bibir sambil menghentak kakinya. Geram tak terkata. Cemburunya membuak-buak. Nampak sangat Andrian melebihkan Annisa. Annisa, Annisa, Annisa. Perempuan tu memang tak guna!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience