BAB 2

Romance Completed 15293

Merdu suara Annisa mengalunkan ayat-ayat suci al-quran. Segala kesedihan, segala kesengsaraan ditolak ke tepi. Hatinya diserahkan seratus peratus pada Yang Maha Esa. Dia mahukan kedamaian dan ketenangan jiwa. Dia harus kuat dan redha dengan setiap perancangan ALLAH. Dia yakin pasti akan ada cahaya yang menantinya pada masa hadapan.

“Abang?” Annisa melemparkan senyuman manis kepada Andrian yang sedang duduk dibirai katil. Telekung dibuka lalu disidai diampaian. Annisa menghampiri Andrian. Tangan dihulurkan lalu tangan Andrian dikucup penuh kasih.

“ Bila abang balik? Nisa tak perasan abang masuk bilik tadi. Maafkan Nisa.” keluh Annisa. Penuh rasa bersalah.

“ Abang dah solat?”

Andrian menggeleng.

“ Nisa ingatkan abang tak balik. Sebab tu Nisa solat dulu. Kalau tak, kita boleh berjemaah lagi hari ni. Abang pergilah solat dulu. Nanti Nisa buatkan sarapan. Abang pun kejap lagi nak pergi kerja.”

Andrian tidak menjawab. Dia bingkas bangun lalu melangkah ke bilik air. Annisa hanya memandang langkahan kaki Andrian yang semakin menghilang.

“ Nisa isteri abang… bakal bidadari di syurga. Bakal ibu kepada zuriat abang, jadilah isteri yang solehah, isteri yang sentiasa diberkati ALLAH. Setiap tindakan dan langkahan Nisa, sentiasa dalam redha abang. Nisa isteri yang abang cintai, yang sangat abang sayangi. Abang berjanji dengan nama ALLAH, tak akan sesekali abang menduakan cinta kita, tak akan sesekali abang sakiti Nisa. Tak akan sesekali abang benarkan air mata terluka mengalir dipipi isteri abang. Abang janji akan menjadi pelindung Nisa di dunia dan akhirat. Abang janji…”

Memori lalu terbias di kotak fikiran Nisa. Janji yang terlafaz saat mereka sah menjadi suami isteri. Janji yang terlafaz hampir 4 tahun dahulu. Janji yang ternyata semakin hari semakin pudar ditelan masa-masa yang berlalu. Janji yang Annisa sendiri tidak pasti sama ada suaminya masih ingat atau tidak. Lupakah abang janji abang pada Nisa.

“ Abang, mari makan. Nisa dah masakkan nasi lemak kesukaan abang.” Penuh senyuman Annisa menanti Andrian di meja makan. Dalam hati Annisa memuji ketampanan suaminya yang kemas berkemeja biru laut dan berseluar slack hitam. Tidak mustahil suaminya menjadi kegilaan wanita di luar sana. Annisa percayakan Andrian, percaya yang Andrian tidak akan melayan gadis-gadis di luar sana. Dia percaya setiap langkahan kaki Andrian, Andrian tidak akan lupa status yang disandang.

Langkah Andrian terhenti seketika, berkira-kira untuk melangkah ke arah Annisa atau pun pergi saja tanpa berkata apa-apa. Melihat senyuman Annisa, Andrian rasa bersalah untuk mengecewakan isterinya itu lalu dengan langkah yang berbelah bagi, Andrian melangkah menghampiri Annisa.

Tiada langsung cacat cela dengan layanan Annisa. Makan minum Andrian dijaga. Masakan Annisa memang tiptop sehingga membuatkan Andrian menelan air liur setiap kali teringat masakan Annisa. Annisa perempuan yang cukup sempurna untuknya. Tiada apa pun yang kurang.

“ Malam tadi sepanjang malam Nisa tunggu abang balik. Nisa call tapi abang tutup telefon.”

Andrian berhenti menyuap. Terasa berpasir nasi lemak yang melepasi anak tekaknya. Serta-merta seleranya menghilang.

“ Nisa bukan apa, Nisa cuma risaukan abang. Abang tak pernah tak balik ke rumah. Sepanjang malam Nisa tunggu abang…”

Andrian rasa tertekan. Semakin Annisa bersuara, semakin Andrian rasa bersalah.

“ Abang pergi kerja dulu.” Andrian bingkas bangun. Seleranya betul-betul sudah mati. Bukannya masakan Annisa tak sedap tapi disebabkan rasa bersalah yang teramat sangat menyebabkan dia tiada selera mahu menjamah apa-apa.

“ Abang!”

Langkah Andrian terhenti lagi. Dia berpaling. Terpinga-pinga dia apabila Annisa menghulurkan tangan.

“ Salam…”

Annisa mencapai tangan Andrian lalu dikucup lembut.

“ Maafkan segala kekurangan Nisa selama ini…” ucap Annisa syahdu. Mengharapkan pengertian Andrian. Namun Andrian ternyata hanya mampu membisu sehinggalah kelibat kereta Andrian hilang dari pandangan. Akhirnya air mata yang ditahan-tahan dari tadi luluh membasahi bumi. Hancur hatinya melihat reaksi dingin Andrian. Abang dah tak sayangkan Nisa ke? Kalau sebelum-sebelum ni setiap kali Nisa masak, abang akan peluk Nisa tanda abang berterima kasih kerana Nisa sanggup bersusah payah masakkan untuk abang. Tapi tadi, sedikitpun tiada sentuhan abang ditubuh ini. Setiap hari sebelum abang pergi kerja, Nisa akan cium tangan abang dan abang akan kucup dahi Nisa tapi tadi, usahkan ciuman, nak pandang Nisa pun abang seakan tak ada hati lagi. Kenapa semudah itu hati abang beralih arah? Sampai hati abang…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience