BAB 10

Romance Completed 15293

” Aku gantung kau tak bertali!”

Bergegar jantung Annisa saat terdengar lafaz dari mulut Andrian. YA ALLAH dugaan apa lagi ni?

” Kenapa abang? Apa salah Nisa?” Annisa sudah mengongoi sayu. Andrian muncul tengah malam di rumah mereka dengan wajah yang kusut. Naik takut Annisa ingin menegur Andrian. Selama ini Annisa tidak pernah melihat Andrian seperti itu.

Andrian sudah mundar-mandir. Wajahnya merah padam menahan rasa amarah yang teramat sangat. Dadanya berombak-ombak.

” Aku tak sangka yang selama ni aku simpan perempuan sundal macam kau. Bila aku tak ada, kau berani bawak jantan masuk ke rumah ni. Aku tak sangka yang kau sanggup khianati aku. Selama ini aku agung-agungkan kau. Aku muliakan kau sebagai isteri aku. Aku sayangi kau, cintai kau. Kerana kau, aku sanggup mati, Annisa. Kerana kau aku sanggup buat apa saja. Tapi ini yang kau balas? Betul kata mummy, betul kata Maya, depan aku kau berlagak alim tapi belakang aku kau memang tak ubah macam pelacur! Memang dasar budak jalanan! Entah-entah anak yang dalam perut kau tu pun anak haram!”

PANG!

Annisa tergamam apatah lagi Andrian. Sekilas Annisa memegang tangannya sebelum dia menjatuhkan pandangannya ke muka Andrian yang sudah berbirat.

” Ab…abang…YA ALLAH, Nisa tak sengaja abang. Maafkan Nisa bang. Maafkan Nisa.” Hampir meraung Annisa dibuatnya. Sungguh dia tidak sengaja mahu mengasar Andrian. Dia sendiri tidak sedar yang tangannya sudah mencemari wajah Andrian. Berbekas kesan tapak tangannya di wajah lelaki yang dicintainya itu.

” Kau memang… kau memang isteri derhaka Annisa. Aku sumpah yang kau tak akan hidup tenang selama-lamanya. Jangan harap aku akan ceraikan kau dan benarkan kau hidup bersama jantan tu. Sampai kau mati aku akan gantung kau tak bertali. Ingat Annisa, sampai mati!”

” Apa abang cakap ni? Kenapa sampai hati abang jatuhkan hukuman pada kesalahan yang Nisa langsung tak buat? Nisa tak ada sesiapa selain abang. Sumpah Nisa tak ada lelaki lain.” Annisa memeluk tubuh Andrian namun Andrian menolak kasar tubuhnya. Ternyata Andrian sudah diamuk kemarahan. Sikit pun dia tidak mempedulikan raungan dan rayuan Annisa. Kerana terlalu melayan kemarahan sampai dia terlupa dimana letaknya kasih sayang dan cintanya terhadap Annisa sekarang.

” Aku benci kau. Aku benci kau Nisa! Aku sayang kau. Aku jaga kau selama ni. Aku bangga ada isteri sebaik kau. Aku muliakan kau. Aku sanggup buang keluarga kerana kau. Aku sanggup korbankan segalanya untuk kau. Tapi ini balasan kau terhadap aku. Tak cukup lagi ke segala yang aku dah buat terhadap kau selama ni? Apa lagi yang kau nak Nisa? Apa lagi yang tak cukup?” Kecewa? Ya, Andrian terlalu kecewa apabila cinta dan pengorbanannya dikhianati. Tapi lupakah Andrian yang dia juga telah mengkhianati Annisa namun Annisa masih mampu tersenyum dan memaafkan segala perbuatan Andrian.

” Patutlah kau tak kisah aku kahwin dengan Maya. Rupa-rupanya kau dah ada jantan lain di belakang aku. Kau memang tak kisah langsung dengan aku, kan? Kau memang tak pernah nak hargai apa yang aku dah korbankan untuk kau. Kau memang tak mampu nak jadi isteri yang aku selalu muliakan. Kau memang bukan perempuan yang aku harapkan selama ini. Aku menyesal Nisa. Dalam hidup aku, inilah kali pertama aku lakukan kesilapan besar bila memilih kau menjadi isteri aku.”

Hancur lumat hati Annisa mendengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulut Andrian.

” Sumpah. Nisa tak pernah curang pada abang. Nisa hanya ada abang dalam hidup Nisa. Kenapa abang sampai macam tu sekali menuduh Nisa? Nisa tak buat semua tu.”

Andrian menggeleng. Matanya tidak menipu. Dia tengok dengan matanya sendiri seorang lelaki yang tidak dikenali keluar dari rumah mereka. Dia nampak Annisa kelihatan mesra dengan lelaki itu. Takkan Annisa tak tahu batas-batas dia sebagai seorang isteri dengan membenarkan lelaki asing masuk ke kediaman mereka disaat Andrian tiada di rumah. Agaknya sudah berapa kali lelaki itu keluar masuk rumah mereka. Lagi-lagi Andrian sudah jarang balik ke rumah, makin ligatlah Annisa bawa jantan balik ke rumah.

” Aku dah tak nak dengar apa-apa penjelasan dari kau lagi. Kau buatlah apa yang kau nak. Tapi ingat, aku tak akan sesekali ceraikan kau. Biar kau dan jantan tu tak dapat hidup bersama. Biar kamu berdua hidup menderita sampai mati.” Dengan penuh dendam dihati Andrian melangkah keluar dari rumah. Nak mengejar langkah Andrian, Annisa rasa tidak terdaya. Tubuhnya menjadi lemah dan akhirnya dia terjelepuk ke lantai. Dia hanya mampu memandang pemergian Andrian dengan air mata yang sudah mencurah membasahi bumi.

” Nisa tak salah. Nisa sayang abang. Nisa cinta abang. Kenapa abang ragui cinta dan kasih sayang Nisa? Kenapa abang? Sampai hati abang hina Nisa. Sampai hati abang tuduh Nisa macam-macam. Sampai hati abang…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience