” Tersenyum panjang nampak. Menang loteri ke?” Maya menyindir Andrian yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah. Belum pun Andrian melepaskan lelah, Maya sudah menyindir dia seperti itu.
Andrian menghampiri Maya lalu didakap tubuh isterinya itu. Hilang penatnya melihat Maya walaupun Maya asyik mempamerkan wajah tegang. Agaknya disebabkan pembawakan budak Maya asyik baran seperti itu.
” Rindu I tak?”
Maya menolak tubuh Andrian.
” You jangan harap bila you bodek I macam ni, I tak akan tanya kenapa you tak balik rumah malam tadi. You bermalam dekat rumah Annisa ke?” Maya sudah memeluk tubuh melihat Andrian melepaskan keluhan lemah.
” Annisa pun isteri I juga…”
” Habis I ni bukan isteri you ke? You lupa ke yang I mengandungkan anak you? Kalau apa-apa terjadi pada kandungan I, you nak bertanggungjawab ke?” Tak habis-habis Maya mempergunakan kandungannya untuk mengugut Andrian. Sengaja dia mahu membuat Andrian rasa serba salah. Namun ternyata ugutan Maya langsung tidak terkesan dihati Andrian. Kalau selalu Andrian akan mengalah setiap kali Maya menggunakan kandungannya namun sekarang tidak lagi. Serta-merta senyuman Andrian melebar dibibir membuatkan Maya semakin kehairanan.
” I ada berita gembira nak share dengan you.” Andrian terus menarik tangan Maya agar duduk di sebelahnya. Maya yang terpinga-pinga hanya menurut. Dia semakin tertanya-tanya.
” Annisa…”
” Kenapa dengan Annisa?” Air muka Maya kembali berubah. Annisa lagi? Meluat Maya mendengarnya.
” Kalau you nak tahu, Annisa mengandung Maya. She is pregnant. I akan jadi ayah. I’m so happy!”
Andrian tidak putus-putus mengucapkan syukur di dalam hati. Sudah 4 tahun dia menunggu berita gembira ini. Tidak putus-putus doanya siang dan malam dan syukur kerana ALLAH memperkenankan doa mereka. Akhirnya Andrian dapat menimang cahaya mata melalui hasil cinta mereka. Patutlah Annisa kelihatan kurus dan tidak bermaya. Melihat Annisa muntah-muntah, Andrian mula dilanda kebimbangan.
Maya membulatkan mata. Annisa mengandung? Be.. betul ke Annisa mengandung? Dadanya berdegup kencang. Bagi Andrian berita itu sangat menggembirakan tapi tidak bagi Maya. Maya mula merasakan kedudukannya tergugat. Kalau selalu dia menggunakan kandungannya untuk menggugut Andrian tapi sekarang tidak mungkin dia akan menggunakan senjata yang sama lagi. Andrian pasti akan lebih bertanggungjawab pada Annisa. Tak mustahil Andrian akan terlebih memberi perhatian kepada Annisa.
” I ingat I nak buat kenduri kesyukuran. Dah lama I menanti berita gembira ni dan alhamdulillah ALLAH memakbulkan doa kami akhirnya.” Dek kerana terlalu teruja Andrian sampai terlupa tentang Maya. Dia hampir terlupa betapa bencinya Maya terhadap Annisa.
” Kenduri kesyukuran? You nak buat kenduri untuk Annisa?”
Melihat Andrian mengangguk membuatkan Maya mendengus geram. Tangan Andrian yang melingkari bahunya terus ditolak kasar. Maya bingkas bangun lalu mengadap Andrian dengan mata yang mencerlang.
” You nak buat kenduri untuk Annisa. Nak raikan kandungan dia? Habis yang dalam perut I ni apa? You sedar tak yang sekarang ni I mengandungkan anak you, benih you. Tapi you tak pernah terfikir pun nak buat kenduri kesyukuran untuk I. Kenapa bila you dapat tahu Annisa mengandung je you terus nak buat kenduri kesyukuran la nak buat majlis itu ini. You nak melebihkan Annisa ke? You nak jadi tak adil pada I ke?”
Andrian sudah terdiam. Dia mula serba salah. Kerana terlalu gembira Andrian sampai terlupa menjaga perasaan Maya.
” Maya, bukan macam tu. I…” Andrian cuba untuk menenangkan Maya namun Maya menepis kuat.
” Sikit-sikit Annisa. You memang selalu melebihkan dia. Apa lebihnya Annisa? Apa yang kurangnya I? You ni memang dah kena guna-guna dengan Annisa agaknya. Sikit-sikit Annisa. Annisa itu Annisa ini. Habis I ni apa? I ni bukan isteri you ke? I ni tak sebaik Annisa ke?” Maya sudah memekik kuat. Ternyata kemarahannya sudah tidak dapat dibendung.
” Maya, I minta maaf. I bukan nak melebih-lebihkan Annisa. Dia isteri I, Maya…”
” Habis I bukan isteri you ke? You anggap I ni apa? Perempuan simpanan you?”
” Bukan macam tu.”
” Kalau betul Annisa mengandung, you yakin ke itu anak you? Kenapa lepas 4 tahun baru Annisa nak mengandung? Entah-entah itu anak jantan lain!”
” Maya!” Ternyata kata-kata Maya sudah menggugat kemarahan Andrian. Andrian tidak kisah jika Maya memaki hamun dia tetapi jika Maya cuba memburuk-burukkan Annisa dan menuduh Annisa macam-macam, Andrian tidak dapat terima.
” I boleh terima kalau you hina I. Tapi I tak boleh terima kalau you menuduh Annisa macam tu. You tak kenal Annisa jadi you tak ada hak nak cakap Annisa macam-macam!”
” Apa yang you tahu? Depan you bolehlah dia berlagak alim. Isteri solehah konon. Belakang you entah-entah dia jadi pelacur agaknya. Memang dasar anak pungut!!”
PANG!
Terteleng kepala Maya dengan tamparan Andrian.
” You memang dah melampau Maya. Sekali lagi I dengar you cakap macam tu tentang Annisa, teruk you kena dengan I. I tak akan benarkan you buruk-burukkan Annisa. Dia isteri I. Isteri terbaik untuk I. Sampai bila-bila Annisa akan menjadi isteri I. You pun takkan mampu nak pisahkan kami. Faham?” Terus Andrian berlalu keluar dari rumah dengan amarah yang membungkam di dada.
Dia bimbang jika dia berlama-lama di situ makin teruk Maya dikerjakan. Tak sangka sampai begitu sekali anggapan Maya terhadap Annisa. Lupakah Maya pengorbanan Annisa membenarkan mereka berkahwin. Annisa terpaksa memendam rasa kecewa dan menerima Maya dengan baik dalam hidup mereka. Annisa juga terima dengan rela hati apabila Andrian memberi perhatian yang lebih kepada Maya. Tidak pernah sekalipun Annisa merungut apatah lagi memburuk-burukkan Maya. Apa hak Maya nak menghina Annisa?
Terus Andrian memandu kereta membelah keheningan malam. Malam ini dia mahu bermalam di rumah Annisa. Dia tiada hati mahu bermalam di rumah Maya. Di rumah Annisa, dia akan rasa lebih tenang.
Share this novel