BAB 14

Romance Completed 15718

Tepat pukul 6 petang, mereka tiba di hadapan banglo mewah itu. Zara dan Mak Som melangkah keluar dari perut kereta itu diikuti pula oleh Iqhmal.

“terima kasihlah Iqhmal sebab hantar kitorang ni… jom, kita masuk dulu kat dalam”, pelawa Mak Som.

“tak apalah mak ngah. Hari dah petang sangat ni… Iqh ingat nak balik dulu. Ada masa, Iqh datang lagi…”, jawab Iqhmal tersenyum sambil mengerling ke arah Zara. Zara pula hanya tersenyum sahaja.

“ amboi, amboi, amboi… ini kerja korang ye selama aku tak ada kat rumah. Keluar rumah sampai tak ingat dunia. Suka hati aje korang keluar berjalan-jalan ya… dari tengahari tadi aku tercongok kat dalam rumah, tapi seorang pun tak ada. Kau ingat aku penunggu kat rumah ni…”, jerkah satu suara. Puan Kamaliah dilihat sedang mengcekak pinggangnya sambil melangkah laju ke arah Zara. Mak Som yang melihat sudah terperanjat besar. Sepatutnya Puan Kamaliah dan Julya balik esok ke Malaysia, tapi tidak di sangkanya mereka pulang pada hari ini.

“minta maaf puan, Mak Som tak tahu puan balik hari ni…”, jawab Mak Som teragak-agak.

“kenapa? Kalau kau tahu aku balik hari ni, kau nak balik lagi lambat ke kat rumah ni… ? ini kerja kau ye Zara, selama aku tak ada kat rumah ni. Ikut suka hati jiwa raga kau je nak keluar rumah bila-bila masa ye. Meh sini kau….”, ujar Puan Kamaliah dengan wajah bengis sambil menarik lengan Zara dengan kuat.

“mak cik, sabar mak cik. Jangan buat Zara macam tu. Ni semua salah saya. Saya yang bawak diorang keluar”, celah Iqhmal dengan beriak cemas.

“kau ni siapa pulak? Jangan masuk campur urusan aku. Oh, selama ni kau menggatal dengan jantan kat luar ya Zara. Siap engkau…”, balas Puan Kamaliah sambil mengheret Zara ke arah kolam renang yang terdapat di tepi rumah itu. Mak Som dan Iqhmal pula bergegas mendapatkan Zara yang di heret Puan Kamaliah itu. Rintihan Zara akan kesakitan akibat dipegang kuat tidak dipedulikan oleh Puan Kamaliah.

“ni kau tengok binatang berbulu ni. Sejak bila kau pandai bela binatang ni? Menyemak aje duduk dekat rumah ni. Busuk tahu… sama macam kau yang busuk, menyusahkan aku je membela kau. Tapi apa yang aku dapat? Harta yang sikit tu je aku dapat…”, marah Puan Kamaliah sambil menyepak sangkar yang berisi arnab itu.

“ mak cik, ingat tuhan mak cik. Lepaskan tangan Zara tu, kesian dia”, rayu Iqhmal. Dia cuba mendapatkan Zara, namun di tepis kasar oleh Puan Kamaliah. Mak Som pula sudah terisak-isak menangis melihat amukan Puan Kamaliah pada Zara itu.

“puan, lepaskan Zara, puan. Saya yang salah. Saya yang pujuk Zara keluar hari ni. Hukum saya aje puan… kesian Zara tu puan…”, sampuk Mak Som.

“ mak long, Zara minta maaf mak long. Zara janji tak buat lagi… sakit mak long”, rintih Zara pula.

“kau semua diam. Jangan masuk campur… oh, sakit ye… hah, pergi kau kat sana”, marah Puan Kamaliah sambil menolak Zara ke arah kolam renang yang terdapat di situ. Zara yang terkejut akibat di tolak secara tiba-tiba bercampur kesakitan di lengannya akibat dicengkam kuat oleh Puan Kamaliah terkapai-kapai di dalam air. Hilang sudah kepandaian berenangnya.

“ni, kau ambil sekali binatang berbulu ni. Tak ingin aku tengok…”, marah Puan Kamaliah lagi sambil mencampakkan 2 ekor arnab peliharaan Zara di dalam kolam renang itu. Sangkar besi arnab turut di campaknya dengan kuat sehingga terkena di kepala Zara yang masih lagi terkapai-kapai itu. Melihatkan keadaan Zara itu, dengan pantas Iqhmal terjun ke dalam kolam itu untuk menyelamatkan Zara.

“baru puas hati aku… kau dengar sini, lepas ni kau semua berambus dari rumah ni. Faham…? aku tak nak tengok lagi muka korang semua”, kata Puan Kamaliah dengan wajah membengis.

“ya Allah, Zaraaa…”, jerit satu suara. Puan Kamaliah dan Mak Som terus memandang ke arah suara itu. Wajah Puan Kamaliah sudah bertukar pucat manakala Mak Som pula bertukar riak gembira. Ingin sahaja dia sujud syukur di situ melihat kedatangan insan yang sudah lama tidak dilihatnya…

“ Datuk Zahrin, Datin Nora…”, pucat bibir Puan Kamaliah sambil menyebut dua nama itu.

“apa yang kamu dah buat dekat Zara?”, jerkah Datin Nora pada Puan Kamaliah. Kemudian terus kakinya melangkah laju ke arah Iqhmal yang sedang memangku kepala Zara sambil mengelap darah yang mengalir keluar daripada dahi Zara. Zara pula sudah tidak sedarkan dirinya.

“ Nora, bawak Zara ke hospital. Kamu, angkat Zara ke dalam kereta”, arah Datuk Zahrin pada Iqhmal.

“Mak Som, ikut saya. Kamu Kamiliah, tinggal kat sini… Encik Hisyam akan uruskan kamu…”, arah Datuk Zahrin lagi dengan tegas sebelum berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience