BAB 7

Romance Completed 15718

Hujung minggu itu, seperti dijanjikan, Iqhmal datang ke banglo itu. Puan Kamaliah awal-awal pagi sudah keluar dari rumah itu. Hanya tinggal Zara, Mak Som dan Julya.

Julya seperti biasa pagi-pagi begini pastinya masih lagi diulit lena memandangkan malam-malam dia selalu keluar dengan kawan-kawannya.

“hah Iqhmal, jemputlah masuk dalam. Duduk kat luar ni buat apa. Mak Ngah ada buatkan nasi lemak tadi, kita makan sama-sama kat dalam.”, ajak Mak Som pada Iqhhmal yang asyik menghirup udara segar di taman mini yang berada di kawasan halaman banglo itu. Nampak sahaja kelibat mak ngahnya, tangan Mak Ngahnya disalam oleh Iqhmal.

“tak apa ke mak ngah Iqh masuk ni… Puan Kamaliah tak marah ke?”, tanya Iqhmal serba salah. Dia sedikit sebanyak takut dengan Puan Kamaliah selepas mendengar perihal keluarga ini daripada mak ngahnya. Dia juga kasihan melihat nasib Zara.

“ tak apa.lagipun, dia tak ada hari ni, keluar…”, jawab Mak Som. Kemudian Mak Som beriringan dengan Iqhmal melangkah masuk ke dalam rumah itu.

“mana Zara Mak Ngah?”, soal Iqhmal selepas melihat kelibat Zara tiada di ruang makan itu.

“ada kat dapur tu… sekejap lagi keluar lah tu… yang kamu ni, cari anak dara orang pagi-pagi ni buat apa? Nasi lemak kat depan mata tu, makanlah…”, balas Mak Som dalam nada bergurau. Manakala Iqhmal hanya tersengih sahaja menampakkan giginya yang putih bersih itu selepas mendengar jawapan Mak Som.

“ alah, mak ngah ni…tanya pun tak boleh. Iqh cuma segan aje, masuk rumah ni terus makan. Tapi tuan rumahnya tak nampak batang hidung pun lagi…”, jawab Iqhmal beralasan. Padahal dalam hatinya melonjak lonjak ingin melihat wajah Zara ketika itu.

“ jemputlah makan Iqhmal. Tak payah segan-segan”. Zara yang baru keluar dari dapur sambil menatang dulang yang berisi air minuman dipandang Iqhmal. Segaris senyuman terlakar di bibirnya.

“ Mak Ngah dengan Zara makanlah sekali…seganlah saya makan sorang-sorang”, kata Iqhmal.

“kitorang pun makan sekali… lagipun kitorang tak sarapan lagi, ingat nak sarapan sekali dengan awak…”, jelas Zara tersenyum.

“Oh, maaflah kalau buat semua orang tertunggu. Tadi Iqh ambil Kiko dengan snow kat klinik dulu sebelum datang sini”, jelas Iqhmal.

“Kiko dengan Snow?”, tanya Zara pelik.

“ tu nama arnab yang saya bawak nak bagi dekat Zara”, jawab Iqhmal tersenyum manis.

“Oh, dia sakit ke awak ambil dia kat klinik? Hari tu Boby dengan Nomi… tapi apasal 2 ekor pulak? Hari tu saya mintak seekor je…”, tanya Zara lagi.

“ tak lah. Cuma buat pemeriksaan kesihatan biasa-biasa je. Hmm, kalau saya bagi seekor je, nanti kesian dia tak ada kawan. Jadi, saya bagilah 2 ekor. Satu jantan, satu betina…”, jawab Iqhmal lagi.

“ ya tak ya jugak…”, Zara tersenyum malu.

“dah,dah… makan. Nanti sejuk pulak lauk ni”, sampuk Mak Som.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience