BAB 5

Romance Completed 15718

Seminggu sudah berlalu, dan hari ini Mak Som akan kembali semula bekerja di banglo mewah ini. Hati Zara sudah tidak tertahan menanggung rindu pada Mak Som. Sunyi sahaja rumah ini tanpa Mak Som, dan Zara juga tidak mempunyai kawan untuk berbual dengannya semenjak ketiadaan Mak Som. Petang itu, Zara menanti kepulangan Mak Som di gazebo yang terletak di taman mini rumah itu.

Sambil menunggu, Zara menyanyi-nyanyi perlahan. Tiba-tiba, pandangan Zara tertancap pada sebuah kereta yang berhenti betul-betul di depan pagar banglo itu. Kelibat Mak Som keluar dari perut kereta itu dan Zara terus melangkah kearah Mak Som.

“Ya Allah Mak Som, rindunya Zara pada Mak Som…”, jerit Zara perlahan sambil memeluk tubuh tua itu. Pipi Mak Som dicium kiri dan kanan.

“Mak Som pun kat rindu Zara juga. Dah… dah… jom kita masuk dalam dulu”, jawab Mak Som sambil merenggangkan pelukannya pada Zara. Kemudian mereka beriringan melangkah menuju masuk ke banglo yang tersegam gah itu.

“Mak Ngah, beg baju ni nak tinggal kat sini je ke…?”. Belum sempat Zara dan Mak Som melangkah, tiba-tiba satu suara kedengaran di belakang mereka. Lantas, mereka berpaling.

“Ya Allah, lupa pulak Mak Ngah… Maaflah Iqh, jumpa aje si Zara ni, terus Mak Ngah lupa kat kamu.”, kata Mak Som sambil menepuk dahinya sambil tersengih.

“ ada-ada aje Mak Ngah ni. Jadi, nilah Zara yang Mak Ngah selalu cerita tu? Hmm, beg baju ni nak suruh Iqh letak kat mana?”, tanya lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Iqh itu.

“ letak kat depan pintu rumah tu aje… Hah Zara, kenalkan, ni anak saudara Mak Som, Iqhmal namanya. Dia pun kerja kat KL juga”, jelas Mak Som.

Zara melemparkan sebuah senyuman pada Iqhmal, dan lelaki tersebut membalasnya. Teringat aksinya seperti budak kecil yang memeluk Mak Som tadi, membuatkan wajahnya membahang malu, tambahan lagi pasti lelaki itu melihatnya.

“ Hmm, Iqh letak beg kat sana dulu ye Mak Ngah”, sejurus berkata, Iqhmal mengangkat beg Mak Som dan melangkah ke pintu rumah itu, kemudian setelah meletakkan beg di situ, Iqhmal melangkah kembali ke arah mereka berdua.

“jemput masuk dalam dulu Iqh. Minum-minum dulu”, pelawa Mak Som.

“tak apalah Mak Ngah, susahkan Mak Ngah aje…Iqh nak pergi klinik pulak lepas ni. Nak hantar si kecil Boby dengan Nomi tu. Kesian diorang, dah demam dari semalam lagi”, ujar Iqhmal tersenyum sambil mengunjukkan jarinya ke arah kereta.

“Oh,demam… Kesian anak Encik. kalau macam tu, kena cepat-cepatlah hantar pergi klinik. Nanti melarat pulak demamnya, susah… lagipun, antibodi budak kecik bukan kuat mana pun. Hah, nanti ada masa, jangan lupa datang lah kat sini. Melawat Mak Som”, ujar Zara prihatin. Namun, tiba-tiba Mak Som dan Iqhmal ketawa, sekaligus mengundang tanda-tanya pada Zara. ‘aku ada silap cakap ke’ desis hati Zara.

“Hmm, tak payah berencik-encik dengan saya Zara, panggil Iqh je…”, kata Iqhmal selepas menghabiskan ketawanya.

“Zara…Zara… Lagi satu, si Iqhmal ni tak kahwin lagi, jadi anak pun belum ada lagi… Boby dengan Nomi tu kucing sebenarnya… tu ada 2 ekor dalam kereta tu ”, celah Mak Som tersenyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

“erkk, ye ke? Maaf, maaf Zara tak tahu…”, jawab Zara sambil menundukkan wajahnya. Malu…

“hmm, teruk ke demam 2 ekor tu?”, tanya Zara cuba menutup malu.

“ tak sangat. Asyik muntah-muntah je. Ni hah dia…”, ujar Iqhmal sambil mengunjukkan kucing tersebut yang diambilnya dari dalam kereta. Kucing yang berada dalam sangkar itu, dipandang penuh minat oleh Zara.

“comelnya… dah lama Zara suka kucing. Tapi, Zara lagi teringin nak bela arnab.”, kata Zara geram melihat kecomelan kucing itu. Tangannya menguis-nguis kucing yang berada dalam sangkar itu.

“kalau Zara nak bela seekor, mintaklah dengan Iqhmal. Banyak lagi Iqhmal bela, arnab dengan kucing parsi pun ada”, jawab Mak Som sambil tersenyum manis.

“Eh, takpe ke? Menyusahkan Iqhmal je… lagipun Mak Long belum tentu bagi Zara bela…”, jawab Zara perlahan.

“kalau Zara suka, apa masalahnya. Takpe… nanti kalau Zara nak seekor, Iqh boleh bagi. Lagipun, Iqh ada bela banyak lagi binatang ni”, jawab Iqhmal.

“Ye ke? Tak menyusahkan?”, tanya Zara teruja.

“tak ada hal lah. Nanti Iqh bawak seekor”. Tersenyum sahaja Iqhmal melihat Zara. Sedikit sebanyak, hatinya tercuit apabila mamandang Zara.

“nanti, kita letak belakang rumah. Tak adalah Zara bosan lagi lepas ni…”, kata Mak Som. Zara sudah tersenyum senang.

Beberapa minit kemudian, mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah setelah Iqhram meminta diri. Dipertengahan jalan menuju ke dapur, mereka terserempak pula dengan Julya.

“siapa lelaki tadi Mak Som? Macam Handsome je…”, tanya Julya sambil tersengih-sengih. Zara yang melihat Julya yang tergedik-gedik itu, pantas meminta diri ke dapur meninggalkan Mak Som dengan Julya.

“anak saudara Mak Som”, jawab Mak Som malas. Faham benar dengan perangai Julya yang pantang melihat lelaki, semuanya diangkut menjadi kekasihnya.

“dia kerja apa Mak Som? Pakai Honda Accord lagi…”, tanya Julya penuh minat. Dia pantang melihat lelaki bergaya dan berpoket tebal, pasti akan didekatinya.

“ Dia kerja jaga binatang je. Tak kaya mana pun…Takpelah Julya, Mak Som ke dapur dulu ye…”, ringkas jawapan Mak Som sebelum meminta diri ke dapur. Julya yang melihat Mak Som endah tak endah melayannya, terus mencebikkan bibirnya ke arah Mak Som. ‘kereta pinjam lah tu…”, gumam Julya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience