BAB 6

Romance Completed 15718

Setelah 2 minggu dari hari kedatangan Encik Hisyam ke banglo mewah itu, Zara telah memulakan hari pertamanya bekerja di Zahis Holding. Dengan memakai baju kurung berwarna putih berbunga merah jambu, serta bertudung merah jambu, bangunan 7 tingkat itu dimasukinya. Walaupun dia belum lagi memegang jawatan besar di syarikat itu, namun kerja pangkat bawahan yang akan dilakukannya sekarang sudah cukup mengembirakannya. Terasa dirinya seperti seekor burung yang baru terlepas dari sangkar. Kali terakhir dia mempunyai perasaan ini adalah ketika dia menyambung pelajarannya di peringkat Universiti. Walaupun sepanjang berada di Universiti hidupnya selalu dipantau oleh Puan Kamaliah, namun apabila berada di luar kawasan banglo itu, dirinya sedikit sebanyak seperti mendapat kebebasan. Itu sudah memadai baginya.

Petang itu, setelah habis waktu pejabat, Pak Akob merangkap pemandu keluarga Zara mengambil Zara dari tempat kerja untuk pulang ke banglo mewah itu.

“macam mana Zara, okey tempat kerja?”, tanya Mak Som setelah Zara melabuhkan punggungnya pada kerusi meja makan yang terdapat di dapur itu sekembalinya dari tempat kerja.

“Alhamdulillah Mak Som, semua okey. Tapi hari ni Zara tak buat kerja apa-apa pun lagi. Diorang Cuma kenalkan Zara pada semua pekerja dekat situ, dengan ajar Zara, macam mana nak buat kerja kat pejabat tu nanti…”, jelas Zara ceria.

“Hmm, esok-esok nanti sibuklah Zara dengan kerja kat pejabat tu. Entah-entah Mak Som kat sini pun Zara dah lupa…”, gurau Mak Som.

“ala Mak Som, tak adanya Zara nak lupa Mak Som. Balik kerja pun Zara nak pergi mana lagi, rumah ni ajelah destinasi Zara”, kata Zara sambil memeluk bahu Mak Som.

“amboi, amboi… bagusnya korang lepak kat sini. Minum petang aku mananya…? bertahun aku tunggu tak hidang lagi…”,suara nyaring Puan Kamaliah mengejutkan Zara dan Mak Som.

“maaf puan. Dah siap dah buat air ni, tunggu nak hidang je. Nanti saya hantar kat depan..”,balas Mak Som.

“cepat sikit… kau Zara, walau dah kerja pun, tugas kau dekat dapur ni tetap ada. Jangan kau lupa tu”, sinis kata Puan kamaliah sebelum berlalu.

“ Ishh, monyet tua ni asyik-asyik bising aje. Tak sedar menumpang harta orang… sepatutnya dia yang kerja kat dapur ni, Zara yang jadi bos besar kat rumah ni”, kata Mak Som geram.

“ apalah Mak Som ni, ada pulak dikatakanya monyet tua. Dengar kat mak long, haa… menggelabah Mak Som nanti”, balas Zara sambil menahan ketawa.

“ biar dia dengar Zara, dasar orang tak sedar diri. Mak Som kesian tengok dia layan Zara… macam Zara ni bukan anak saudara dia… dulu pun, Dato’ dengan Datin tak adanya layan Zara macam ni…”. Sayu Mak Som berkata sambil memandang Zara.

“Tak apalah Mak Som, Zara ada Mak Som dalam hidup Zara dah kira bersyukur sangat-sangat dah.. Mak Som lah penguat hidup Zara”, balas Zara sambil tersenyum.

“macam-macamlah kamu Zara. Tak pelah, Mak Som nak hantar minum petang ni dekat Puan dulu. Kalau Zara lapar, pisang goring ada kat bawah tudung saji tu. Makanlah…”, kata Mak Som.

“Zara nak mandi dulu dengan solat asar. Nanti, kita makan sama-sama ye Mak Som…”, pelawa Zara.

“ ikut kamulah. Hah, lagi satu, lupa Mak Som nak bagitahu. Iqhmal ada telefon Mak Som tadi, dia cakap hujung minggu ni kalau dia tak sibuk, dia datang sini. Bawak arnab yang kamu nak tu sekali”, jawab Mak Som tersengih.

“ iya ke Mak Som? Dia ambil serius kata-kata Zara baru ni…? baiknya dia…tak apa ke dia bagi arnab dia tu kat Zara Mak Som? Tak menyusahkan?”, tanya Zara serba salah.

“alaa… apa salahnya dia bagi. Orang bagi, kita ambil Zara. Tak menyusahkan pun. Arnab tu nanti, boleh jadi teman Zara… Lagipun, Iqhmal tu, dia ada buka tempat pemeliharaan haiwan. Kucing ada, arnab ada, tikus kecik dengan tupai yang selalu duduk kat bahu orang tu pun ada..”, kata Mak Som bersungguh-sungguh.

“ hamster dengan sugar glider lah Mak Som… kalau macam tu, teringinlah Zara nak pergi tempat tu. Mesti best tengok banyak binatang kat situ…”, jawab Zara dengan teruja.

“ nanti ada masa, Mak Som suruh si Iqhmal tu bawak kita kat sana. Hujung minggu kan, Puan selalu keluar dengan kawan-kawan dia. Shopping, pergi spa… hah, masa tu kita keluar lah…”, ajak Mak Som.

“ tak beranilah saya Mak Som”, jawab Zara.

“ Hoiii, dari tadi minum petang aku tak siap lagi ke? Lembab betul lah…”, suara nyaring Puan Kamaliah dari ruang tamu membuatkan Mak Som kelam kabut mengangkat dulang yang berisi air kopi dan pisang goreng itu…

“ monyet tua dah mengamuk..”, bisik Mak Som pada telinga zara sebelum berlalu keuar dari ruang dapur itu. Zara yang mendengar mengekek ketawa perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience