BAB 9

Romance Completed 15718

5 BULAN KEMUDIAN…

“ Mak Som, Zara pergi kerja dulu tau. Nanti Mak Som tolong tengokkan Kiko dengan Snow. Bagi dia makan. Kesian dia nanti lapar”, pesan Zara pada Mak Som sebelum menyalami tangan Mak Som.

“apa yang tolong tenggokkan, makan, lapar tu…”, sampuk Puan Kamaliah dari belakang Mak Som.

“err, tak ada apa-apa mak long. Zara cuma pesan dekat Mak Som tengok-tengokkan kesihatan dia, pastu jangan lupa makan sebab nanti takut jatuh sakit”, jawab Zara takut-takut.

“ betul tu Puan. Err, Puan nak sarapan?”, sampuk Mak Som cuba mengalihkan topik perbualan. Lagipun, Puan Kamaliah belum tahu lagi pasal Zara membela arnab perberiaan Iqmal dibelakang banglo itu. Puan Kamaliah pun jarang-jarang pergi ke belakang banglo itu. Destinasinya hanya di taman mini yang terdapat di hadapan banglo itu. Mujurlah Julya tidak menceritakan perihal itu pada ibunya.

“ha’ah. Aku nak naik mandi dulu. Nanti kau hidangkan untuk aku. Kejutkan Julya sekali…”, balas Puan Kamaliah sebelum berlalu.

“nasib baik rahsia tak pecah Mak Som”, bisik Zara pada telinga Mak Som.

“dah, dah… pergi kerja cepat. Nanti lewat pulak sampainya. Arnab tu nanti Mak Som tengok-tengokkan”, balas Mak Som.

Sampai sahaja di pejabat, Zara memulakan kerjanya. Tidak sampai beberapa minit memulakan kerja, Iphone Zara berbunyi menandakan satu mesej telah masuk. Telefon yang dibelinya tanpa pengetahuan Puan Kamaliah dicapai.

Assalamualaikum…

Apa khabar?

Mulakan hari ini dengan senyuman tak kira di mana awak berada.

Have a nice day.

Sambil bekerja, ingatlah saya kat sini…?

Mesej daripada Iqmal itu dibacanya. Tersenyum seketika Zara setelah membaca mesej itu.

W’salam…

Awak pun macam tu jugak.

Have a nice day too… with your animals.:p

Hehehe… ?

Butang send terus ditekan sebaik sahaja dia siap menaip mesej tersebut. Hubungannya dengan Iqhmal semakin hari semakin rapat. Ini semua atas bantuan Mak Som. Namun, Zara tidak tahu sama ada Iqmal mempunyai perasaan pada dirinya atau tidak. Kerana, semakin lama, Zara merasakan satu perasaan asing mula bercambah dalam dirinya. Malas memikirkan perihal itu, Zara kembali menyambung kerjanya.

Petang itu,sekembalinya Zara dari tempat kerja, Mak Som bergegas mendapatkan Zara, kemudian menarik tangan Zara menuju ke dapur. Puan Kamaliah dan Julya pula asyik menonton televisyen di ruang tamu rumah itu.

“ Zara, tadi Mak Som bagi si Snow dengan Kiko makan. Tapi, si Snow aje yang makan, Kiko tak ada pulak dia nak makan. Dari pagi sampai petang, tidur je kerja dia. Dia tak sihat ke? Atau Mak Som salah bagi dia makan?”, tanya Mak Som bimbang. “maafkan Mak Som ye Zara. Mak Som tak reti jaga dia kot”. Luah Mak Som perlahan.

“iya ke Mak Som? Tak apalah… Nanti Zara tengokkan dua ekor tu… kalau tak okey jugak, Zara bawak Kiko pergi klinik esok. Mak Som tak payah bimbang… lagipun, esok hari sabtu. Mak long dengan Julya mesti keluar esok. Mak Som temankan Zara pergi ya…?”, lembut sahaja nada Zara.

“Mak Som ikut aje… Mak Som takut sangat si kiko tu mati nanti.” Sayu sahaja suara Mak Som.

“jangan bimbang Mak Som, si kiko tu tak ada apa-apalah. Tapi Mak Som, kalau mak long keluar esok, maknanya Pak Akob tak adalah nak hantar Zara ke klinik esok…”, jelas Zara tiba-tiba bila teringatkan hanya Pak Akob seorang sahaja pemandu di rumahnya.

“iya tak ya jugak. Hah, kalau macam tu, Mak Som telefon Iqhmal ajelah, minta tolong dia hantarkan Zara esok…”, cadang Mak Som.

“ eh, tak apalah Mak Som, menyusahkan dia aje. Zara boleh naik teksi aje esok”, jawab Zara.

“alah, tak menyusahkan pun. Zara pun mesti tak tahu nak pergi klinik mana. Lagipun, takkan nak bawak si kiko naik teksi esok…”, jelas Mak Som.

“segan lah Zara, Mak Som…tak payahlah telefon dia ”,tolak Zara perlahan.

“tak payah segan-segan. Lagi satu, Iqhmal tahu nak bawa kiko kat klinik mana, Iqhmal pun boleh rawat kiko. Dia kan selalu hantar binatang yang dia bela ke klinik. Tak menyusahkan pun… si Iqhmal tu, bab-bab binatang pakarlah dia”, jelas Mak Som lagi.

“hmm, kalau macam tu, Mak Som ikut sekali tau esok…”, pesan Zara.

“kalau Zara pergi dengan Iqhmal, Mak Som tak ikutlah esok. Mak Som percaya dekat Iqhmal tu… Zara tak payah takut. Lagipun, kalau Mak Som ikut, Mak Som nak buat apa? Bukan nak rawat Mak Som pun. Kalau Mak Som ikut, siapa yang nak masak esok? Buatnya petang esok makanan lambat masak, bisinglah mak long Zara tu nanti… nanti terbongkar pulak rahsia yang kita curi-curi keluar…”, panjang lebar bicara Mak Som kali ini. Zara pula sudah kehilangan kata untuk dibalas kepada Mak Som.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience