BAB 8

Romance Completed 15718

Selesai menjamu selera, Mak Som, Zara dan Iqhmal melangkah ke arah taman mini yang terdapat di luar rumah itu. Kelihatan 2 ekor arnab berada di dalam satu sangkar di situ. Mak Som dan Iqhmal sudah melabuhkan punggungnya di gazebo yang terdapat di situ. Manakala Zara menghampiri sangkar yang berisi arnab itu. Salah seekor arnab yang terdapat di dalam itu dikeluarkan dan dibelai lembut. Jinak.

“ kat dalam bekas tu makanan dia. Tapi kadang-kadang bagilah dia makan lobak atau kangkung.”, jelas Iqmal sambil merujuk makanan arnab yang berbentuk panjang tetapi kecil itu.

“ yang Zara pegang tu namanya Snow, sebab warna dia putih macam salji. 2 ekor ni semua baka Holland lop…”, terang Iqhmal lagi. Mak Som pula hanya memandang ke arah Zara. Senang hatinya melihat Zara gembira.

“oh, ye ke? Mesti mahal ni…yang seekor lagi mesti Kiko kan”, teka Zara merujuk kepada arnab yang terdapat dalam sangkar itu.

“taklah mahal sangat. ..ha’ah. Sebab warna dia coklat, saya bagilah nama kiko. Nak panggil koko kelakar pulak”, terang Iqhmal lagi sekaligus mengamit ketawa Zara.

“awak bagi saya arnab ni, berapa ratus saya kena bayar ni?”, tanya Zara lagi.

“it’s okay. tak payah bayar. Disebabkan awak comel macam arnab ni, free aje saya bagi…”, balas Iqhmal bergurau.

“Hmm, kalau mak ngah nak jugak seekor, kiranya mak ngah kena bayar lah ni sebab mak ngah dah tak comel?”, sampuk Mak Som dalam nada bergurau sekaligus mengundang tawa mereka bertiga.

“aikk, mak ngah pun nak bela jugak? Hmm, kalau mak ngah nak, Iqh pun bagi free… sebab, kalau tak ada mak ngah, tak adalah Iqh Jumpa si comel Zara ni”, jelas Iqhmal bergurau lagi. Zara yang mendengar sudah diserbu rasa malu. Manakala Mak Som hanya ketawa mendengar bicara Iqhmal.

“amboi, gelak sakan nampak kat sini. Sampai hati tak ajak Julya join sekali”. Tiba-tiba Julya memunculkan dirinya di taman mini itu. Kemudian matanya melirik ke arah Iqmal sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah pemuda itu

“hai, nama i Julya. You ni mesti anak saudara Mak Som kan”, soal Julya kepada Iqhmal mesra sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Mak Som dan Zara hanya memandang ke arah Julya. Sedikit terganggu dengan kedatangan Julya di situ.

“ hai. Iqhmal”, jawab Iqhmal ringkas. Namun salam yang dihulurkan Julya tidak disambutnya. Namun Julya tidak kisah.

“hari tu i ada nampak you datang sini. Tapi tak sempat i nak tegur you… tapikan, I tak pernah nampak pun you datang sini selama Mak Som kerja kat sini. So,hari ni you datang untuk apa?”, soal Julya lagi.

“ Dia datang melawat Mak Som. Tak salahkan… Julya dah makan? Nak suruh Mak Som hidangkan?”, celah Mak Som.

“ tak apalah Mak Som. Julya nak Zara yang hidangkan makanan untuk Julya. Disebabkan anak saudara Mak Som datang hari ni, Mak Som duduk aje kat sini. Layan Julya dan Iqhmal”, jawab Julya manja. Jari jemarinya meniti ke arah tangan Iqhmal. Namun di elak oleh Iqhmal. Tidak selesa diperlakukan begitu.

“Zara, kau tunggu apa lagi. Hidangkan makanan untuk aku. Cepat…”, arah Julya. Zara pantas meletakkan kembali arnab yang di pegangnya ke dalam sangkar.

“ eiii, ni siapa pulak punya arnab ni. Tak tahu ke aku geli dengan binatang ni semua. Berbulu-bulu…Pandai-pandai aje bawak masuk dalam kawasan rumah ni. Zara, kau ambil binatang ni sekali buang kat luar pagar…”, marah Julya.

“tapi Julya…arnab ni Zara nak bela…”, jelas Zara.

“Hmm, maaflah Julya. Saya yang bawak binatang ni. Ingat nak suruh Mak Ngah saya jaga sekejap sebab saya sibuk dengan kerja. tak apakan saya tumpangkan arnab ni kat sini”, bohong Iqhmal selepas kesian melihat wajah Zara yang terpancar kesedihan itu. Mak Som pula terasa geram melihat perangai Julya.

“Oh, you punya ke? Kenapa tak cakap awal-awal… sorry, I tak sengaja suruh Zara buang tadi”, kata Julya pura-pura terkejut sambil menutup mulutnya. Mak Som yang melihat, terasa semakin meluat dengan perangai Julya.

“hmm. Tak apalah mak ngah, Zara, Julya… saya balik dulu. Ada kerja lepas ni…”, jelas Iqhmal sebelum menyalami tangan Mak Som. Lagipun, dia tidak selesa berada di situ dengan kedatangan Julya yang tergedik-gedik itu.

“ Oh ya, sebelum tu you kerja apa ya? Mak Som kata you kerja jaga binatang, betul ke?”, soal Julya ragu-ragu. Melihat gaya Iqhmal, tak mungkin lelaki itu bekerja sebagai penternak lembu, kambing atau apa jua jenis bintang. Dengan bert-shirt kolar warna merah dan hitam jenama polo lengan pendek dan berjeans hitam yang dipakai menambahkan kesegakannya. ‘Pasti banyak duit ni’, bisik hati Julya. Dalam kepalanya sudah terbayang, jika dia memiliki Iqhmal yang kacak itu, pasti rakan-rakannya cemburu melihat betapa serasinya mereka berdua.

“ ha’ah. Macam-macam binatang saya jaga. Kalau Julya berminat nak tengok binatang tu, datanglah kat tempat saya kerja”, jawab Iqhmal selamba sebelum melangkah ke arah Honda Accord hitamnya.

“Mak Som, Mak Som tahu Iqhmal kerja kat mana? Boleh saya jumpa dia lagi lepas ni…”, tanya Julya dengan penuh minat.

“dekat Pusat Pemeliharaan Haiwan. Iqhmal buka tempat tu… tapi kecik je la tempat tu. Taklah besar macam Julya punya kawan. Semuanya ada syarikat besar-besar ya? Kat situ spesies yang suka terkinja-kinja macam orang duduk dekat kelab malam pun ada”, sindir Mak Som pada Julya sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Manakala Zara sudah pun menghilangkan dirinya ke belakang banglo besar itu untuk menyimpan arnab-arnab tersebut.

“ ishh Mak Som ni. Aku tanya betul-betul, disindirnya aku pulak. Setakat kerja jaga binatang je, ada aku kisah? Berlambak lagi orang lelaki kat luar sana tu tengah tunggu aku tahu. Setakat Iqhmal sorang terlepas, ada aku peduli?”, bebel Julya sorang-sorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience