BAB 4

Romance Completed 15718

Malam itu, setelah Mak Som dan Zara siap mengemas dapur selepas makan malam, seperti biasa Zara akan menghabiskan masanya di bilik Mak Som. Berbual-bual kosong dengan Mak som mampu menghilangkan kebosanannya. Mahu menonton televisyen yang terletak di tengah-tengah rumah besar itu, pastinya dirinya akan dimarahi oleh Puan Kamaliah.

Namun, kadang-kadang bila Puan Kamaliah tiada di rumah itu, Zara dan Mak Som pasti akan curi-curi menonton televisyen bersama-sama. Ketika rancak berbual, tiba-tiba telefon bimbit Mak Som berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Telefon yang diberikan oleh Puan Kamaliah kepada Mak Som untuk memudahkan urusan harian dicapai Mak Som. Beberapa saat selepas melekapkan telefon di telingannya, wajah Mak Som sudah bertukar raut. Selang beberapa minit bercakap, Mak Som terus meletakkan telefon.

“kenapa ni Mak Som?”, soal Zara pelik selepas melihat kerutan di wajah Mak Som.

“Mak Som kena balik kampung malam ni jugak Zara… Kakak Mak Som baru aje meninggal dunia tadi kat hospital. Dia kena serangan jantung…Esok pagi jenazah dia akan diuruskan, jadi Mak Som kena balik Sekarang”, jawab Mak Som sambil mengelap air mata yang mengalir di tubir matanya.

“Innalillah… dah tu, Mak Som nak balik macam mana ni?”, tanya Zara lagi.

“anak saudara Mak Som nanti datang ambil Mak Som kat sini. Lagipun, kampung Mak Som dekat hulu Selangor tu aje. Hmm, Mak Som kena pergi bagitahu Puan dulu lah ni. Nak minta cuti…”. sejurus berkata, Mak Som terus bangun dari tempat duduknya dan melangkah keluar dari bilik itu.

“nanti Zara tolong Mak Som kemas baju ye…”,kata Zara sebelum kelibat Mak Som hilang dari pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience