BAB 13

Romance Completed 15718

“Mak Som, kita nak buat apa datang sini ni?”, tanya Zara was-was. Keadaan sekelilingnya di perhatikan. Seperti taman bunga pun ada, seperti taman haiwan pun ada. Beberapa jenis bunga di tanam di kawasan itu. Kelihatan pula beberapa ekor arnab dan kucing sedang berkejaran sesama sendiri. Di tepi bahagian kirinya pula terdapat kolam ikan yang sederhana besar yang menempatkan ikan koi, ikan laga dan beberapa ekor kura-kura.

“Nilah pusat pemeliharaan yang Iqhmal punya tu”, balas Mak Som. Memandangkan minggu ini, sudah 4 hari Puan Kamaliah dan Julya tiada di rumah kerana melancong ke Bandung, Mak Som berhasrat membawa Zara ke sini dan ingin memberikan satu kejutan buat Zara.

“kita nak buat apa kat sini Mak Som?”, tanya Zara lagi, pelik melihat Mak Som pada hari ini.

“ikut ajelah… Julya dan mak long kamu melancong ke bandung, kita pulak melanconglah kat sini”, balas Mak Som bergurau. Kemudian, Zara di bawa ke satu tempat yang tersorok dengan rimbunan pokok-pokok bunga yang menjalar.

Happy birthday to you…

Happy birthday to you…

Happy birthday, happy birthday…

Happy birthday to Zara…

Kemudian, terdengar pula suara menyanyikan lagu ‘Allah selamatkan kamu” meniti di bibir manusia-manusia yang berada di hadapan Zara itu. Mak Som turut serta menyanyikan lagu itu kepada Zara. Zara pula sudah terlopong melihat apa yang terbentang di depan matanya itu. Kelihatan Iqhmal turut serta berada di situ manakala terdapat lagi 2 orang perempuan, 1 orang lelaki dan 3 orang kanak-kanak di situ yang tidak di kenalinya berada di situ. Barangkali pekerja di situ fikir Zara. Di tepi Iqhmal terdapat sebuah meja yang menempatkan sebiji kek yang masih menyala lilin di atasnya dan beberapa hidangan makanan yang di sediakan.

“ selamat hari lahir yang ke 25 tahun, Zara. Mak Som doakan Zara dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat”, kata Mak Som sambil mencium pipi Zara. Beberapa titis air mata mula mengalir membasahi pipi Zara yang putih kemerah-merahan itu. Terharu rasanya melihat betapa susah payahnya mereka menyediakan majlis kecil ini untuk dia. Sudah 7 tahun lamanya dia tidak menyambut hari lahirnya. Sungguh, dia merasakan dirinya sangat dihargai pada hari ini.

“terima kasih Mak Som. Susah payah Mak Som sediakan semua ni untuk Zara”, balas Zara terharu. Kemudian dilemparkan senyuman kepada Iqhmal dan tetamu yang tidak di kenalinya itu.

“apa yang susah payahnya Zara. Sepatutnya, Zara ucapkan terima kasih tu kat Iqhmal, dialah yang rancang semua ni. Mak Som tukang ikut rancangannya aje. Hari tu Mak Som terlepas cakap bagitahu hari lahir Zara hari ni, tu yang Iqhmal buat semua ni hari ni”, jawab Mak Som. Iqhmal yang mula melangkah mendekati Zara itu dipandangnya.

“ thanks a lot Iqhmal. Saya tak tahu nak balas macam mana. Susah payah awak buat semua ni”, kata Zara sambil merenung ke arah Iqhmal.

“awak tak payah balas apa-apa. Ikhlas saya buat semua ni… come, let’s me introduce you with my family selain mak ngah saya ni”, ajak Iqhmal.

“kenalkan, nilah Zara yang Iqh cakap hari tu”, kata Iqhmal pada 3 orang yang berdiri di depannya itu. “ Zara… kenalkan, ni kakak saya Imanina. Panggil kak Nina je…dan yang tu suami dia, abang Adam. 3 orang budak kecil ni pulak anak buah saya, zafril, zafrul dan Arissa. Lastly, ni adik saya, Ilyana…”, kata Iqhmal lagi. Dan Zara melemparkan senyuman manis pada ketiga-tiga mereka itu. Kemudian Kak Nina dan Ilyana saling memeluk Zara sambil mengucapkan selamat hari lahir.

“terima kasih semua. Zara tak tahu nak kata apa… Zara terharu sangat”, balas Zara tersenyum mesra.

“tak ada hal lah kak Zara… kitorang rela hati tau datang sini, dapat makan free lagi tu”, ujar Ilyana separuh bergurau.

“dah, jom kita makan. Takkan nak biar makanan kat atas meja macam tu je. Lilin pun belum tiup lagi tu. Hah Zara, pergilah tiup..”, sampuk Kak Nina berserta senyuman. Kemudian, Zara pun melangkah ke arah meja yang terhidang dengan makanan sebelum meniup lilin yang sudah cair terbakar itu.

“kak Zara, patutlah orang tu tidur tak lena, makan tak kenyang… rupa-rupanya dah jumpa dengan bidadari cantik kat sini…”, kata Ilyana tiba-tiba. Zara yang mendengar terus memandang ke arah Ilyana.

“ siapa?”, tanya Zara terpinga-pinga. Manakala, Mak Som, kak Nina dan Abang Adam sudah tergelak kecil dan hanya Iqhmal yang beriak selamba.

“adalah orang tu. Nanti kak Zara tahulah”, balas Ilyana dengan senyuman misteri.

Zara memotong kek dan di bahagikan kepada mereka yang berada di situ. Manakala, Iqhmal pula telah memanggil pekerja-pekerja di situ yang terdiri seramai 5 orang untuk turut serta makan makanan yang terhidang di situ. Suasana di situ riuh sekali dengan suara orang berbual ditambah pula dengan kehadiran anak-anak buah Iqmal yang bermain berkejar-kejaran di situ. Zara seronok memandang gelagat anak buah Iqhmal yang lincah itu. Teringat pula ketika dirinya masih kecil dulu. Sekarang ini, ingin sahaja dirinya menjerit memberitahu dunia betapa gembiranya dia hari ini.

“ attention please… abang Iqhmal nak nyanyi ni…”, jerit Ilyana tiba-tiba. Semua orang mula menumpukan perhatian pada Ilyana sebelum beralih pada Iqhmal yang memegang sebuah gitar. Kelihatan sedikit gugup apabila semua mata sudah memandangnya…

“ehem, sebenarnya saya ni taklah pandai sangat menyanyi. Tapi disebabkan seseorang yang teristimewa ada disini, lagu ni… saya tujukan khas buat si dia”, kata Iqhmal sebelum mula memetik gitar.

Tiada puisi atau lagu

Tiada potret tiada ragu

Yang dapat ku ilham seindahmu

Nyata kau satu dalam berjuta

Wahai jelita kau istimewa

Semua mata khusyuk memandang Iqhmal termasuk Zara. Tiba-tiba, pandangan Zara dan Iqhmal berlaga buat seketika sebelum Zara pantas mengalihkan matanya.

Walau ku kembara sedunia

Walau ketemu ramai wanita

Nyata kau tiada tandingannya

Seikhlas hati aku menyinta

Kau istimewa, teristimewa

Mata Iqhmal tunak merenung wajah Zara sambil menyanyi penuh penghayatan. Zara pula sudah tersipu malu. Mak Som di sebelah pula asyik tersenyum-senyum sahaja memandang wajah Zara dan Iqhmal. Tahu sangat perasaan Zara dan Iqhmal itu. Semua orang fokus memandang Iqhmal yang menyanyi dengan penuh perasaan itu.

Daku berikrar

Wahai maharaniku

Bina mahligai syahdu

Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi

Tiada rasa lebih berseri

Semekar murni hatimu sayang

Siang dan malam, aku terbayang

Kau istimewa, buat ku tenang

Daku berikrar

Wahai maharaniku

Bina mahligai syahdu

Hanya engkau dan aku di situ

Ingin ku bawa kau ke awana

Ingin memadu kasih asmara

Sepanjang hayatku curah cinta

Sebenar-benar ucapan kata

Kau istimewa oh! Percayalah

Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa

Beriku cintamu nan istimewa

Selesai bernyanyi, satu tepukan gemurah diberikan buat Iqhmal. Sungguh, semua yang berada di situ tidak menyangka Iqhmal mempunyai suara yang amat bagus.

“sebenarnya…hari ini jugak, di depan semua orang, saya nak buat satu confession… saya sebenarnya dah sukakan seseorang dan saya nak lamar dia pada hari ini. Saya harap dia menerima lamaran saya”, kata Iqhmal sambil tersenyum. Iqhmal mula bangun daripada bangku yang didudukinya dan mengatur langkah sebelum berhenti di hadapan seseorang. Kemudian, nafasnya ditarik perlahan.

“ Nur Zara Azalea Iskandar, saya Muhammad Iman Iqhmal Mustaffa, ingin melamar awak menjadi suri dan pelengkap hidup saya buat selama-lamanya”, lafaz Iqhmal sebelum mengeluarkan sebentuk cincin bertakhtakan sebutir permata di atasnya. Zara pula terkedu. Kaku. Statik di tempatnya sekarang ini. Sungguh, dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang ini. Ingin sahaja dia sembunyi kala ini. Tindakan Iqhmal baginya terlalu spontan dan dia berasa malu apabila semua mata memandang ke arah mereka.

“saya tahu perkara ni terlalu awal bagi awak… saya tahu saya mungkin nampak tergesa-gesa walaupun kita baru je kenal. Tapi…bila kali pertama saya nampak awak, saya tak nak kehilangan orang seperti awak dalam hidup saya. Saya yakin, awaklah pelengkap tulang rusuk saya yang hilang… sudi tak awak melengkapkan tulang rusuk saya tu dan melengkapkan hati saya yang telah separuh menjadi milik awak? Saya nak awak menjadi halal untuk saya…”, panjang bicara Iqhmal kala ini, sekaligus mengusik hati Zara. Zara pula sudah kehilangan kata-kata.

“buatlah pilihan terbaik Zara. Untuk masa depan Zara…’, bisik Mak Som pada Zara sambil menepuk perlahan bahu Zara. Zara pula cuba memandang ke arah mata Iqhmal, cuba menyelami dan mencari keikhlasan Iqhmal di situ sebelum perlahan-lahan dia mengorak senyuman dan mengangguk perlahan. Melihat anggukan Zara, terus sahaja Iqhmal tersenyum lebar dan ingin sahaja Iqhmal melompat di situ namun di tahan perasaannya itu. Semua yang melihat aksi itu mula menepuk tangan. Mak Som sudah tersenyum lebar. Cincin yang dihulurkan Iqhmal kepada Mak Som di sarungkan ke jari manis Zara memandangkan Iqhmal bukannya mahram Zara.

“boleh awak berjanji sesuatu dengan saya? That you’ll always be honest with me?”, tanya Zara kepada Iqhmal perlahan.

“I will always be honest with you as I have been since the first day I met you…”,jawab Iqhmal berserta senyuman sekaligus mengundang senyuman lebar Zara.

“terbaiklah pak ngah…”, jerit Zafril,Zafrul dan Arissa serentak. Suara kecil 3 beradik itu yang ditujukan kepada Iqhmal, Sekaligus mengundang tawa mereka yang berada di situ.

“Hmm, bila pulak nak dilangsungkan pernikahannya…? Tak sabar dah ni nak makan nasi minyak”, gurau Kak Nani, sekaligus membuatkan Zara dan Iqhmal malu di situ.

Usai sahaja menunaikan solat asar di sebuah masjid, Iqhmal menawarkan diri untuk menghantar Zara dan Mak Som pulang ke rumah memandangkan Zara dan Mak Som datang menaiki teksi pagi tadi. Manakala Pak Akob pula bercuti kerana mempunyai urusan keluarga di kampungnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience