BAB 2

Romance Completed 15718

“Zara, tengahari nanti kau pakai elok-elok sikit. Encik Hisyam nak datang ke mari. Jangan kau pakai selekeh sudah, nanti dikatanya aku tak jaga kau dengan baik pulak, faham…”. bagitahu Puan Kamaliah pada Zara ketika Zara menghidangkan sarapan pagi di atas meja.

“baik Mak Long… tapi Uncle Hisyam datang kali ni nak buat apa ya?”, tanya Zara sambil menuangkan air ke dalam cawan Puan Kamaliah.

“kau ingat aku ni PA dia ke? Segala aktiviti dia aku tahu? Jangan nak banyak tanya pulak… lagi satu, jangan kau cerita bukan-bukan pulak dekat Encik Hisyam pasal aku. Sekarang, kau naik kat atas, tolong kejutkan Julya dalam bilik.”, arah Puan Kamaliah.

“baik Mak Long…”. Sejurus berkata, Zara mengatur langkah ke arah tangga dan mendaki pantas menuju ke arah bilik sepupunya, Julya.

Tengahari itu, Encik Hisyam, Puan Kamaliah serta Zara berkumpul di ruang tamu rumah banglo itu. Manakala Mak Som menghidangkan kuih muih di atas meja, dan Julya anak Puan Kamaliah pula kembali menyambung tidurnya setelah penat satu malam akibat bersuka ria di kelab malam bersama kawan-kawannya.

“Zara, how’s your life, is it okay?”, tanya Encik Hisyam sambil menayangkan sebuah senyuman.

“ Hmm, Alhamdulillah uncle. Macam yang uncle lihat, biasa-biasa je… uncle pulak macam mana?”,tanya Zara kembali sambil melayangkan sebuah senyuman.

“Uncle macam biasa jugak. Bila dah tua ni, kadang-kadang sakitnya bila-bila masa aje datang. So, berbalik kepada tujuan uncle datang pada hari ni, uncle sebenarnya nak tanya, bila Zara nak mula kerja? Dah lama uncle tunggu berita dari Zara. Dah setahun Zara graduate… Zara jangan lupa pulak, Zara kena kumpulkan pengalaman berkerja selama 3 tahun sebelum Zara layak mengambil alih syarikat arwah papa Zara. Jadi uncle rasa, sekarang ni sangat-sangat sesuai untuk Zara mula bekerja…”, ulas Encik Hisyam.

“Hmm, Zara bukan tak nak kerja. tapi, pasal… pasal tu, uncle kena tanya…”. Belum sempat Zara menghabiskan ayatnya, Puan Kamaliah sudah menyampuk.

“Encik Hisyam, dah banyak kali saya nasihat Zara suruh mula kerja. Tapi dia ni degil… Dia kata tak puas lagi nak enjoy. Biasalah, orang muda kan. Saya ni bukan apa, kalau boleh saya tak nak dia habiskan masa dia dengan keluar sana-sini. Membazir masa je. Jadi Zara, sekarang ni Zara dengar cakap Mak Long ye sayang, Zara kerja ye? Kesian Encik Hisyam terpaksa tunggu lama sangat nak urus harta-harta ni semua”, ujar Puan Kamaliah tersenyum sambil mengusap lembut belakang Zara. Persis seorang ibu yang penyayang.

Mak Som yang mendengar sudah mencebikkan bibirnya. Menyampah dia melihat lakonan Puan Kamaliah di depan peguam keluarga Dato’ Iskandar itu. Bukannya dia tidak tahu, selama ini Puan Kamaliahlah yang menentang keras keputusan Zara untuk berkerja, Zara diperlakukannya seperti orang gaji di rumah ini.

Dia pernah terdengar perbualan Puan Kamaliah dengan Julya suatu waktu dahulu, bagi Puan Kamaliah, jika dia membenarkan Zara bekerja, peluang Zara memperoleh kesemua harta Dato’ Iskandar semakin hampir. Dia tidak ingin perkara itu berlaku, kerana perasaannya ingin membolot kesemua harta peninggalan Dato’ Iskandar semakin tebal, bahkan baginya Julya lebih layak memegang jawatan pengarah di syarikat itu.

Perasaan ingin memiliki harta itu menebal setelah mendapat 10% daripada harta tersebut beserta dengan sebab kematian suaminya, Encik Izhar yang terlibat dalam kemalangan ketika menghantar Dato’ Iskandar serta Datin Zahirah ke KLIA untuk ke London atas urusan perniagaan 7 tahun dahulu.

Jika Encik Izhar tidak menawarkan diri untuk menghantar pasangan tersebut ke KLIA, pasti suaminya masih hidup. Namun takdir telah menentukan segala-galanya…

“macam ni lah Zara, apa kata Uncle carikan Zara kerja, ataupun…Zara kerja aje di Zahis Holding. Zara bermula di peringkat bawah dulu, kemudian cukup 3 tahun, Zara terus diserap masuk sebagai pengarah urusan di syarikat tu. Lagipun, semua ahli lembaga pengarah setuju dengan cara ni.”, ulas Encik Hisyam sekaligus mengembalikan lamunan Mak Som.

Zara mengalihkan pandangan matanya ke arah Puan Kamaliah, cuba membaca reaksi Mak Longnya. Dirinya berharap benar agar Mak Longnya setuju, sekaligus dia dapat keluar dari kepompong hidupnya sekarang ini. Sejak 7 tahun dulu, hidupnya sering di atur oleh Puan Kamaliah serta di kongkong dengan ketat. Jauh berbeza hidupnya jika dibandingkan dengan Julya yang senang melakukan apa sahaja dan diberikan kebebasan yang sepenuhnya oleh Puan Kamaliah.

“bagus jugak cadangan tu. Zara setuju ke tidak?”. Kelat senyuman Puan Kamaliah sambil menyoal Zara. Dalam masa yang sama, hatinya menyumpah keras dengan cadangan Encik Hisyam. Namun apakan dayanya, dia tiada kuasa membantah cadangan itu. Dia tiada alasan untuk diberikan kepada Encik Hisyam, jadi terpaksalah dia memaniskan roman wajahnya.

“Zara ikut je uncle, mak long…”, jawab Zara sambil menundukkan pandangannya. Takut melihat renungan tajam mak longnya.

“kalau begitu kata Zara, 2 minggu lagi Zara dah boleh mula masuk kerja. Nanti biar Pak Akob yang hantar Zara ke office, tak begitu Puan Kamaliah?. Nanti, hal-hal yang lain uncle akan uruskan”, jelas Encik Hisyam.

Manakala Puan Kamaliah sekadar menganggukkan mukanya. Zara yang mendengar terasa seperti mahu menjerit sahaja, gembira tidak terkata. tidak di sangka akhirnya dia boleh berkerja juga akhirnya. Jelingan tajam Puan Kamaliah padanya langsung tidak mencacatkan kegembiraan hatinya kala ini.

“kalau macam tu, saya balik dulu lah. Lagipun, kedatangan saya ni hanya nak mempercepatkan proses amanah terakhir Dato’ aje… dah lama saya tunggu berita daripada Zara, dan Puan Kamaliah, tapi tak dengar apa berita pun. Sebab tu saya datang sini”. Panjang lebar bicara Encik Hisyam.

‘Kau tak datang sini terus pun lagi bagus. Kan bagus harta tu terus bagi kat aku je, tak payah menyusahkan diri nak tunggu 3 tahun nak bagi dekat si Zara ni’, desis hati Puan Kamaliah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience