BAB 1

Romance Completed 15718

Cintamu Hancurkan zahirku
Rela Dicampak ke penjaramu
Dari Diperlakukan begini

Sungguh Kau yang kumahu
Berdoa Semoga kau kan berubah
Mendampingiku Selalu

Kasihku Tolong lihatkanlah
Tunjuk Dia jalan kepadamu
Yang Tersesat tiada bertuju

Berikan Hatimu padanya
Kau Akan rasa cinta sebenar
Dalam Kau mencari aku

****

DERAIAN hujan yang mencurah-curah bercampur dengan teriakan guruh, membasahi Banglo dua tingkat yang terletak di pinggir ibu kota Kuala Lumpur itu, dengan diiringi rintihan dan tangisan Zara. Hujan yang turun seolah-olah turut serta menangisi nasib Zara.Puan Kamaliah yang memegang sudip di tangan dengan wajah yang membengis tidak menghiraukan tangisan tersebut. Malah tangannya laju memukul badan Zara mengunakan sudip tersebut. Zara yang terduduk di atas lantai sesekali mengigit bibirnya cuba menahan kesakitan.

“tadi aku dah cakap awal-awal… sebelum pukul 4 petang, semua makanan mesti siap dimasak. Ni dah pukul 4.15 petang, kau masih lagi tak siap masak. Apa nak jadi ni…”, marah Puan Kamaliah sambil tangannya sesekali laju menonyoh kepala Zara.

“ ma…maa…maaf mak long, Zara tak sengaja. Laa..lagi..lagipun, semua lauk dah siap masak, tingg…tinggal nak goreng ayam je. Tu pun dah nak maa..masak. Maaf mak long, Zara janji, perkara ni takkan berulang lagi”, jawab Zara dengan air mata yang berjujuran mengalir ke pipi, sambil menahan kesakitan akibat dipukul dengan sudip. Kesakitan dipukul itu meresap ke dalam sarafnya. Sesekali air mata di pipinya diseka.

“nasib baik tetamu aku datang pukul 5. Suruh masak aje pun tak boleh diharap. Kau mesti ingat, aku ni penjaga kau, apa-apa aku suruh kau buat, kau mesti patuh dengan arahan aku. Jangan nak ingkari arahan aku. Tahu…?”, ujar Puan Kamaliah sambil menonyoh kepala Zara buat kali terakhir sebelum terus berlalu meninggalkan Zara di dapur.

Zara yang mengerekot di tepi kabinet dapur perlahan-lahan bangun dan menyambung kerjanya. Dengan pantas dia menyambung kembali mengoreng ayam yang hanya tinggal beberapa ketul lagi untuk dihabiskannya. Dia mesti menjalankan kerjanya dengan pantas sebelum Puan Kamaliah kembali memarahinya.

“Zara…sabar ye nak. Maafkan Mak Som sebab tak bantu Zara masa Zara kena pukul tadi…”. Mak Som yang merangkap pangasuh Zara dari kecil dan pembantu rumah tersebut, perlahan mengusap bahu Zara. Dia Nampak segala-galanya apa yang terjadi pada Zara, namun dia tidak punya kekuatan untuk membantu Zara. Bukannya dia tidak kasihan pada Zara, namun acap kali telingannya menadah maki hamun daripada Puan Kamaliah apabila dia masuk campur tiap kali Zara didera oleh Puan Kamaliah. Kata Puan Kamaliah, dirinya tidak layak masuk campur dalam urusan keluarga ini, dia hanyalah pembantu rumah di rumah ini. Yang mampu dilakukannya sekarang ini, hanyalah berdoa, semoga Puan Kamaliah dikurniakan hidayah oleh Allah s.w.t suatu hari nanti.

“tak apalah Mak Som, memang nasib Zara macam ni… Zara redha. Mak Som tak ada salah apa-apa pun. Lagipun, Mak Long tak halau Zara dari rumah ni dan dapat tinggal kat rumah ni pun Zara dah bersyukur sangat-sangat Mak Som. Kesakitan yang Zara tanggung ni apalah sangat, jika dibandingkan dengan kenangan Zara ketika bersama dengan arwah papa dan ibu sepanjang berada kat rumah ni sentiasa ada di ingatan ni. Bila teringat balik kenangan tu semua, kesakitan Zara hilang Mak Som. Zara rasa bahagia sangat…”, ujar Zara dengan secebis senyuman terukir di bibirnya.

Bergenang mata Mak Som dengan air maat saat mendengar kata-kata Zara itu. Hati tuanya sedikit sebanyak tersentuh mendengar kata-kata Zara.

“Mak Long memang takkan halau Zara, sebab Zara berhak dengan rumah ni. Rumah ni kan memang hak Zara, cuma amanat terakhir papa Zara belum selesai lagi ditunaikan. Sebab tu semua harta Zara dibawah tanggungjawab Mak Long Zara. Mak Som yakin, suatu hari nanti, semua hak Zara akan kembali pada Zara balik. Bersabarlah ye nak…”, ujar Mak Som sambil mengosok-gosok belakang Zara. Dia yang sudah berkhidmat dengan arwah Dato’ Iskandar dan Datin Zahirah selama 30 tahun, sedikit sebanyak sudah menganggap Zara sebagai anaknya sementelah dia juga tidak mempunyai anak.

“Zara tak kisah pasal harta tu semua Mak Som. Harta tu semua tak menjamin kebahagiaan hidup Zara. Apalah sangat harta tu semua jika dibandingkan dengan Zara yang terpaksa Kehilangan papa dan ibu dalam usia muda…”, ulas Zara sambil air mata yang ingin mengalir keluar, diseka dengan pantas.

“ umm Mak Som, ayam dah siap goreng… Zara pergi hidang makanan dulu ye”. Selesai bekata Zara mengatur langkah ke ruang makan.

Langkah Zara diperhati oleh Mak Som dengan perasaan sayu. Sungguh dia kasihan melihat kehidupan Zara. Pada usia 17 tahun, Zara sudah kehilangan ibu bapanya. Sekarang, dia sudah berumur 25 tahun, namun hidupnya tidak seperti anak-anak gadis yang lain, bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak masing-masing dan dapat bergembira di luar sana. Manakala Zara hanya terkurung di banglo mewah ini, persis seekor burung yang terkurung di dalam sangkar yang cantik, tetapi sepi mengisi jiwa.

Semuanya terjadi disebabkan amanat terakhir Dato’ Iskandar. Wasiat Dato’ Iskandar yang menyatakan 60% daripada hartanya akan diserahkan kepada anak tunggalnya, Zara, apabila Zara berjaya menghabiskan pelajarannya sehingga mendapat Ijazah sarjana muda dan mempunyai sekurang-kurangnya pengalaman selama 3 tahun berkerja sebelum dia dibenarkan mewarisi harta tersebut dan mengambil alih syarikat keluarganya Zahis Holding.

Ini bagi memastikan syarikat mempunyai seorang pengarah yang berkaliber dan berpengalaman. Manakala 30% daripada harta tersebut akan diserahkan kepada rumah anak yatim, dan baki 10% daripada harta itu, diserahkan kepada penjaga sementara harta dan pewaris utama harta tersebut iaitu Encik Izhar iaitu abang Dato’ Iskandar.

Namun, disebabkan Encik Izhar telah meninggal dunia, Puan Kamaliah sebagai isteri Encik Izhar, dia berhak mewarisi harta tersebut dan menjadi penjaga Zara atau pemegang amanat harta tersebut. Segala proses perjalanan pengurusan harta tersebut akan dipantau oleh peguam Keluarga Dato’ Iskandar, Encik Hisyam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience