BAB 10

Romance Completed 15718

Tepat pukul 9 pagi, Iqhmal sudah tercongak didepan banglo itu sambil menyandarkan tubuh pada pintu keretanya. Mak Som pula terus keluar mendapatkan anak saudaranya itu.

“jomlah masuk dalam dulu Iqh. Makan…”, ajak Mak Som sejurus tangannya disalami Iqhmal.

“tak apalah mak ngah. Nanti lewat pulak… petang nanti Iqh dah kena masuk kerja”, jelas Iqhmal.

“kalau macam tu, maaflah mak ngah menyusahkan kamu Iqhmal. Mak ngah tak tahu pulak kamu kerja hari ni”, jelas Mak Som kesal.

“tak ada hal lah mak ngah. Lagipun, tempat nak bawak binatang tu, sama aje dengan tempat kerja Iqh. Tak menyusahkan pun…”, jawab Iqhmal sambil tersenyum.

“ dah lama sampai? Maaflah Zara lambat. Zara pergi ambil si kiko ni kat belakang”, sapa Zara sambil mengunjukkan tangannya pada arnab berwarna coklat itu. Peluh di dahinya yang keluar di lap perlahan menggunakan tisu.

“tak lah, baru aje sampai…”, jawab Iqhmal sambil melirik ke arah Zara. Zara yang berblouse putih dan bertudung hitam itu dipandang. Seakan berjanji pula dengannya yang berseluar hitam dan berkemeja putih yang disinsing lengannya.

“ hah, kalau tak ada apa-apa lagi, gerak lah sekarang. Gerak awal, dapat balik awal…Nanti buatnya Puan Kamaliah balik awal daripada kamu dulu, tak ke menempah bala namanya tu”, arah Mak Som.

“ish mak ngah ni, simpang malaikat 44. Kalau macam tu, kitorang gerak dulu ye mak ngah”, jawab Iqhmal. Kemudian Zara dan Iqhmal menyalami tangan Mak Som.

“ hah, iyalah. Kamu tu Iqhmal, jaga sikit Zara ni. Jangan nakal-nakal… kalau mak ngah tahu kamu buat bukan-bukan dekat anak dara orang siap kamu”, pesan Mak Som dalam nada tegas. Iqhmal pula hanya tersengih sahaja mendengar pesan Mak Som itu.

“ kitorang gerak dulu Mak Som. Assalamualaikum…”, kata Zara sebelum dia masuk ke dalam perut kereta itu. Usai menjawab salam, Mak Som melangkah masuk ke dalam banglo itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience