BAB 12

Romance Completed 15718

Julya yang baru melangkah masuk ke dalam banglo itu dipandang Puan Kamaliah. Bila lah anaknya mahu berhenti daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah itu, bisik hati tuanya. Waktu siang keluar rumah dan pastinya tengah malam baru pulang. Kadang-kadang mencecah sampai pukul 3pagi baru Julya pulang ke banglo itu.

“Julya, sini kejap…”, panggil Puan Kamaliah ke arah anak gadisnya itu.

“apa ni mummy… orang mengantuklah nak tidur ni”, jawab Julya sambil melangkah longlai ke arah mummynya selepas menutup pintu utama banglo itu. Puan Kamaliah yang sedang menonton televisyen itu dipandang sekilas.

“kamu ni bila nak berubah? Cubalah cari kerja… si Zara tu pun dah berkerja. Peluang kita nak bolot harta dia semakin menipis kamu tahu. Kamu ni asyik-asyik menghabiskan duit mummy je. Mummy suruh kerja dekat Zahis Holding tu kamu tak nak. Kalau tak, boleh kamu berbaik-baik dengan lembaga pengarah kat situ, lepas tu kamu cucuklah jarum suruh dia lantik kamu jadi pengarah dekat situ…”, bebel Puan Kamaliah.

“ orang tak puas enjoy lagilah mummy… Dulu mummy paksa Julya belajar sampai dapat ijazah, Julya ikut je cakap mummy. Sekarang bagilah Julya release tension dulu…”, sampuk Julya sambil menguap menahan kantuk di matanya.

“enjoy kepala otak kamu. Release tension konon… bertahun release tension, takkan tak puas lagi? Lagipun, ijazah kamu tu pun cukup-cukup makan je. Pointer pun tak tinggi mana, ingat dapatlah pangkat kelas pertama ke…”, bebel Puan Kamaliah lagi.

“ada ijazah pun dah kira cukup bagus mummy…”, jawab Julya selamba.

“ ni, mummy nak bagitahu… anak Datuk Zahrin si Akif tu, baru balik dari luar Negara. Kamu rapat-rapatlah diri kamu dengan dia tu. Untung-untung mummy boleh berbesan dengan keluarga datuk…”, ujar Puan Kamaliah yang sudah berangan-angan tinggi. Harta si Zara tak dapat, dapat harta Datuk Zahrin pun dah cukup.

“ siapa tu mummy? Handsome tak orangnya…”, tanya Julya teruja. Hilang sudah perasaan mengantuknya mendengarkan perkara itu.

“ Datuk Zahrin tu adik mama si Zara. Akif tu sepupu Zara la kiranya…Tapi diorang tinggal dekat luar negara. Sekarang dengar kata diorang nak balik Malaysia. Jadi, mulai hari ini, kita rapat-rapatkanlah diri kita dengan keluarga diorang. Handsome tak handsome, mummy tak tahu…”, jawab Puan Kamaliah mula menyusun strategi.

“hmm, kalau tak handsome tak naklah Julya…”, balas Julya.

“ish kamu ni, handsome tu tak penting. Yang penting duit… duit, kamu tahu tak?”, balas Puan Kamaliah geram sambil meluku kepala anaknya itu. Julya pula sudah mengaduh perlahan sambil mengosok kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience