BAB 15

Romance Completed 15718

“saya minta maaf Mak Som, sebab tinggalkan Zara kat sini sorang-sorang. Saya tak tahu hidup dia menderita selama ni… Saya percaya penuh dengan kamiliah selama ni. Tak sangka dia sanggup buat hidup Zara macam ni. Kalau saya tahu semua ni akan terjadi, saya bawa sekali Zara tinggal dengan kami kat London 7 tahun lepas…”, ujar Datuk Zahrin dengan nada kesal. Iqhmal dan Datin Nora pula sedang duduk di atas kerusi yang disediakan di ruang menunggu hospital tersebut.

“ Datuk tak ada salah apa-apa. Perkara yang dah lepas, biarkanlah…Lagipun, semua ni merupakan suratan hidup Datuk. Salah Mak Som juga, sebab tak maklumkan Datuk pasal perkara ni. Lagipun, Datuk tinggal jauh, Mak Som tak nak menyusahkan Datuk sekeluarga. Selagi Mak Som boleh jaga Zara, Mak Som jaga… Dengan kudrat tua Mak Som ni, Mak Som akan jaga Zara macam anak Mak Som sendiri sampai hujung nyawa Mak Som”, balas Mak Som dengan nada sayu.

“ saya rasa bersalah dengan arwah kakak saya, Zahirah dengan Iskandar Mak Som. Saya tak dapat jaga satu-satunya anak mereka dengan baik. Saya jauh dengan Zara bila dia susah…”, rintih Datuk Zahrin sambil menraup mukanya.

“ sabar Datuk. Jangan fikirkan semua tu… sekarang, kita doakanlah semoga Zara tak apa-apa…”, balas Mak Som sambil menepuk lembut belakang Datuk Zahrin.

Beberapa minit kemudian, pintu bilik rawatan kecemasan di tolak dari dalam. Keluar seorang doktor yang memakai jubah putih dari bilik tersebut.

“macam mana Qal. Dia okey?”, tanya Iqhmal penuh bimbang keadaan Zara kepada kawannya, Haiqal. Merangkap kawannya ketika mereka belajar dahulu, cuma berlainan bidang diambil. Dia lebih kepada bidang yang berkaitan dengan haiwan manakala Haiqal lebih kepada manusia.

“ she’s fine. Cuma dia kena tahan dekat hospital ni dulu. Maybe, ambil masa dua hari. Tapi bergantung pada keadaan dirinya macam mana. Kalau okey, esok pun dah boleh keluar. Dia just tertelan banyak air tadi… dahi dia pun okey, tak ada apa-apa yang kau perlu risau…”, balas Haiqal tersenyum sambil menepuk bahu kawannya itu.

“boleh saya tengok dia”, sampuk Datin Nora.

“boleh, tapi kami pindahkan dia ke wad dulu…”, balas Haiqal.

***

4 TAHUN KEMUDIAN…

“Sayang, menungkan apa tu?”, tanya Iqhmal pada Zara sambil melingkarkan tangannya pada pinggang Zara. Zara yang berada di balkoni bilik mereka itu di pandang.

“tak ada lah, tengah tengok si Rafeeq tu. Comel aje dia dengan arnab tu. Kalau Si Kiko dengan Snow ada lagi kan best…”, jawab Zara sayu sambil memandang ke arah anak mereka yang berumur 3 tahun itu sedang bermain sambil diawasi oleh Mak Som.

“dah nasib Kiko dengan Snow umurnya tak panjang, sayang…tapi arnab yang iras-iras kiko dengan Snow kan ada…”, pujuk Iqhmal pada Zara. Teringat pula kisah 4 tahun lalu dimana 2 ekor arnab peliharaan Zara itu mati akibat lemas dan kesejukan di dalam kolam renang.

“tapi, Kiko dengan Snow tu kan abang yang bagi dekat Zara. Kenangan masa kita mula-mula kenal…”, balas Zara.

“ dah, jangan dikenang lagi… Lagipun, baby kat dalam ni mesti tak suka mamanya sedih-sedih kan…”, kata Iqhmal sambil mengusap lembut perut Zara yang sudah mencecah 5 bulan kandungannya.

“Hmm, esok abang dengan Mak Som nak pergi hospital tengok mak long. Zara nak ikut?”, tanya Iqhmal pada Zara. Puan Kamaliah kini sudah 4 tahun menginap di wad psikiatri akibat masalah jiwa, manakala Julya pula sudah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Mujurlah Julya telah berjumpa dengan jodoh yang terbaik buat dirinya dan mampu membimbingnya ke arah kebaikan.

“tak kot… lagipun, minggu lepas Zara dah pergi. Minggu ni Zara nak rehat aje kat rumah. Lagipun, Zara sekarang mudah sangat penat, bang. Apa kata abang ajak sekali Julya tengok mak long? Dah lama Julya tak pergi”, balas Zara sambil memandang ke arah suaminya.

“ tengoklah macam mana nanti… takut Julya sibuk aje”, jawab Iqhmal. Sekarang ini, Datuk Zahrin sekeluarga sudah menetap di Malaysia dan Akif sepupunya pula mengambil alih Zahis Holding buat sementara waktu memandangkan Zara yang sedang sarat mengandung.

“ mama, papa… turunlah sini. Join Rafeeq… Nenek Som kata dia tak nak main dengan Rafeeq sebab Nenek Som tak boleh main lari-lari dengan Rafeeq. Dia kata sakit kaki… lepas tu, dari tadi Rafeeq suruh arnab ni lari, tapi dia tak nak lari jugak… penat tau Rafeeq pujuk arnab ni…”, adu Rafeeq sambil menjerit ke arah mama dan papanya yang berada di balkoni bilik tingkat atas itu. Petah sahaja Rafeeq berkata .Mak Som pula hanya perhati sahaja gelagat Rafeeq sambil tersenyum. Zara dan Iqhmal pula sudah ketawa melihat gelagat Rafeeq yang menolak-nolak perlahan punggung arnab berwarna kelabu itu memaksa supaya bergerak.

“Hmm, macam-macam Rafeeq ni. Perangai siapalah yang diikutnya…”, gurau Iqhmal sambil mencuit hidung Zara.

“ abang masa kecik la tu…”, balas Zara sambil menggeletek badan Iqhmal. Kemudian mereka ketawa gembira sebelum beredar dari balkoni itu untuk mendapatkan Rafeeq yang berada di halaman rumah mereka yang luas itu. Pinggang Zara dipeluk erat oleh Iqhmal sebelum mereka melangkah menuruni tangga menuju ke tingkat bawah.

Sesungguhnya, sudah tersurat cinta Iqhmal dan Zara akan tersimpul begini. Bahagia telah menjadi milik mereka akhirnya setelah segala badai ombak yang mengharungi hidup Zara selama ini berjaya di harungi. Jodoh itu adalah rahsia yang akan tuhan tunjukkan apabila tiba masanya kelak. Demikiankah kesudahan kisah dua insan ini, Zara dan Iqhmal seperti yang tertulis di loh Mahfuz. Mereka berdua sudah dicipta untuk bersama, saling melengkapi dan menemani sehingga ke akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience