BAB 11

Romance Completed 15718

Sampai sahaja di depan klinik haiwan itu, Iqhmal terus memarkirkan keretanya ke dalam petak letak kereta. Kemudian, Iqhmal melangkah keluar daripada perut kereta itu dan diikuti pula oleh Zara. Zara pula hanya membontoti langkah Iqhmal yang melangkah masuk ke dalam klinik itu dari belakang.

“Nilah tempatnya. Zara duduk kat sini dulu ya… saya pergi ke sana sekejap”, ujar Iqhmal sebelum melangkah ke arah satu bilik yang terdapat di dalam klinik itu. Zara pula melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terdapat di ruang menunggu itu. Matanya diliarkan memandang keadaan klinik itu. Terdapat 3 orang yang membawa binatang seperti dirinya. Pemeriksaan kesihatan barangkali, desis hati Zara. Barangkali masih awal pagi, sebab itu klinik itu tidak kelihatan begitu sibuk. Di penjuru klinik itu pula, terdapat ruang bacaan. Manakala di dinding pula, terdapat tampalan kertas yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan haiwan.

“Zara, jom… kita pergi ke sana”. Suara Iqhmal menyedarkan Zara dari lamunannya. Sejak bila Iqhmal berdiri di depannya pun dia tidak tahu.

“erkk, kita tak payah daftar dulu ke?”, tanya Zara lurus.

“kalau saya ada, tak payah. Just follow me, come…”, ajak Iqhmal.

“Eh, Doktor Iqhmal! Bukan doktor bertugas petang ni ke? Awalnya sampai…”, sapa satu suara dari arah belakang mereka berdua.

“Oh, Nadia…ha’ah, memang saya bertugas petang ni pun. Tapi saya datang awal sikit hari ni sebab nak check si kiko ni”, jawab Iqhmal kepada perempuan yang bernama Nadia itu sambil tersenyum.

“Oh, ingatkan doktor dah salah timing tadi. Kalau macam tu, saya pergi dulu lah”, jawab Nadia pula sambil tersenyum. “ cantik makwe doktor…”, bisik gadis itu pada telinga Iqhmal sebelum berlalu. Namun, masih mampu di dengari oleh Zara.

“awak ni ada-ada ajelah Nadia”, balas Iqhmal tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Zara pula masih lagi binggung dengan situasi tersebut.

“ erkk, kenapa dia panggil awak… doktor? awak ni doktor kat sini ke? Bukan…penjaga haiwan? macam kat zoo tu ke?”, tanya Zara sangsi. Namun pertanyaan Zara mengundang gelak tawa Iqhmal.

“kenapa? tak percaya? Saya ni memang penjaga haiwan… saya jaga kesihatan ‘diorang’ dan rawat ‘diorang’ sekali. Kiranya penjaga haiwan lah tu…”, jawab Iqhmal terus terang sambil tersenyum memandang Zara.

“oh, kiranya awak doktor haiwan lah ni… mati-mati saya ingat awak ni jaga haiwan macam ternak lembu, kambing… selain awak jaga kucing dengan arnab ni”, jawab Zara perlahan pada akhir ayatnya.

“ Kenapa awak tak bagitahu saya awak ni doktor haiwan? Kalau saya tahu, awal-awal lagi saya tak payah menyusahkan awak datang kat sini. Saya suruh awak check Kiko dekat rumah saya aje…”, sambung Zara lagi.

“awak tak tanya… saya tak bagitahulah sayang… Lagipun Cik Zara sayang, kalau bawak kat sini, kelengkapan semua cukup. Kalau saya pergi kat rumah awak, kelengkapan apa yang saya ada? Dah, jom ikut saya…”,balas Iqhmal tersenyum senget sebelum melangkah ke arah sebuah bilik yang terdapat disitu.

Manakala Zara pula sudah terlopong mulutnya apabila Iqhmal menyebut perkataan sayang tadi. Serta merta wajahnya menyerbu bertukar merah akibat malu.

Selepas mandapat suntikan, Kiko kelihatan semakin sihat walaupun tidak sepenuhnya. Kelihatan di dalam bilik tersebut terdapat beberapa ekor kucing parsi yang berada di dalam sangkar serta burung kakak tua. Binatang tersebut ditinggalkan oleh pemiliknya untuk dijaga buat seketika dan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Manakala menurut Iqhmal anjing pula biasanya di tempatkan di bilik yang lain.

“sekarang dah siap. Lepas ni, pastikan arnab ni makan dan minum seperti biasa, and then make sure dia dapat nutrisi yang cukup. Sometimes, bagi dia makan yakult pun okey jugak… dah,jom kita balik… nanti Mak Som membebel pulak”, jelas Iqhmal sebelum mengemas pekakas yang digunakan.

“oh…okey, thanks ya… tapi, berapa bayaran yang saya kena bayar ni?”, tanya Zara.

“tak apa. Saya belanja…lagipun, saya pun tuan Kiko jugak”, balas Iqhmal selamba.

“hmm, kalau macam tu, tiap kali si Kiko atau si Snow tu sakit, saya suruh awaklah yang rawat… senang saya macam ni, tak payah keluar duit”, gurau Zara.

“kalau awak yang bawak binatang tu ke sini,confirm saya bagi free je tak payah bayar… tapi kalau mak ngah yang bawak, saya mintak lah bayaran…”, balas Iqhmal bergurau.

“berkira jugak awak ni ek…”, balas Zara pula sambil ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience