BAB 15

Romance Series 3680

Sedang asyik mereka mengulangkaji pelajaran, tiba-tiba terdengar suara seseorang memberi salam dari arah belakang.

" Waalaikumussalam ", jawab Aulya Maisarah dan Aleya Hanis lantas memandang ke arah belakang.

" Ishh, kau rupanya Ammar. Aku fikir jembalang mana lah tadi ", kata Aleya Hanis sambil mengurut dadanya. Aulya Maisarah pula hanya tersenyum.

Ammar yang mendengar Aleya Hanis berkata begitu hanya tersengih. " Ehh, korang tengah ulangkaji Add-Math eh? ", tanya Ammar.

" Ya, sebab esok kan periksa Add-Math ", jawab Aulya Maisarah yang daripada tadi hanya mendiamkan diri.

" Ohh, boleh tak saya dengan kawan saya join korang belajar? " tanya Ammar kepada Aulya Maisarah.

" Boleh, tapi siapa kawan awak tu? ", tanya Aulya Maisarah kembali.

" Kawan saya A.... ", baru sahaja hendak menyebut nama rakannya itu, terdengar suara seseorang memberi salam.

Mereka bertiga menjawab salam itu serentak. Apabila mereka memandang ke arah orang yang memberi salam, jantung Aulya Maisarah mula berdegup kencang. Tidak disangka-sangka bahawa gerangan yang memberi salam tadi ialah Aqil Lutfi!

" Hah, ni lah kawan saya tu. Aqil Lutfi ", kata Ammar kepada Aulya Maisarah.

" Ohh, hai Aqil. Saya Aleya Hanis. Selamat berkenalan ", kata Aleya Hanis mesra.

" Hai ", jawab Aqil Lutfi. Dia sekarang ini berharap agar puteri yang sedang bertakhta di hatinya pula yang menyapa.

Aleya Hanis yang sedar sahabatnya berdiam diri sahaja mula menegur " Ehem, ehem. Tak mahu sapa pelajar baru tu ke? ", tegurnya.

Aulya Maisarah yang baru tersedar daripada lamunannya cepat-cepat mengalihkan pandangan. ' Aduhh malunya. Tu lah Aulya, tengok lagi anak teruna orang lama-lama ' , marah Aulya Maisarah kepada dirinya.

" Hai, saya Aulya Maisarah. Selamat berkenalan juga ", kata Aulya Maisarah malu. Getaran yang semakin hebat dirasakan cuba untuk dikawal.

Aqil Lutfi yang terpaku mendengar kelunakan suara Aulya Maisarah hanya dipandang oleh Ammar. Geli hatinya melihat Aqil Lutfi yang memandang Aulya Maisarah tanpa berkelip.

Aulya Maisarah yang malu apabila ditenung sebegitu oleh Aqil Lutfi hanya mendiamkan diri. Seketika kemudian, Ammar memulakan katanya untuk menghentikan bahang percintaan yang semakin dirasakan.

" Sudah-sudah lah tu Aqil pandang anak dara orang lama-lama. Tak elok. Ke hati tu dah tersangkut? ", tanya Ammar sengaja hendak memalukan rakannya. Dalam masa yang sama, dia juga berharap agar dapat memberikan petunjuk kepada Aulya Maisarah bahawa Aqil Lutfi menyukainya.

Aqil Lutfi yang baru tersedar hanya menggosok lehernya sambil memandang ke arah lain. Habis merah mukanya dek kata-kata Ammar tersebut. Selepas itu, mereka pun mengulangkaji pelajaran bersama-sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience