BAB 5

Romance Series 3680

" Assalamualaikum, ibu! Aulya dah balik ni! ", jerit Aulya apabila sudah sampai di muka pintu rumahnya.

" Waalaikumussalam. Aulya, ibu ada dekat dapur ni sayang ", kata ibunya, Puan Suzilianah.

Selesai mengunci pintu rumah, Aulya terus mendapatkan ibunya yang berada di dapur lantas memeluk ibunya daripada belakang.

" Ishh apa Aulya ni, masih lagi nak manja-manja. Aulya kena ingat, yang Aulya tu dah 17 tahun. Patutnya dah tak manja-manja lagi dah. Nanti perangai bawa sampai ke tua ", kata Puan Suzilianah kepada anak daranya itu.

" Ala ibu ni, orang nak manja-manja sikit pun tak boleh ", rajuk Aulya Maisarah.

Puan Suzilianah hanya mampu menggeleng melihat telatah anaknya yang seorang ini. Aulya Maisarah sangat rapat dengan ibunya. Ini kerana dia merupakan anak bongsu dan juga satu-satunya anak perempuan Puan Suzilianah serta Encik Rahmat selepas anak lelakinya, Qoirul Nizam.

" Sudah-sudah lah tu dengan rajuknya. Ibu ni dah tak larat nak pujuk. Pergi naik atas cepat. Mandi, solat lepas tu turun makan ", kata Puan Suzilianah memberi arahan kepada anaknya.

" Baik, ibu ". Selepas itu, Aulya Maisarah terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience