Kring!! Kring!!
" Aulya, jom kita balik. Hari ni aku jalan kaki dengan kau ", kata Aleya Hanis.
" Ehh, boleh ke kau jalan kaki dengan aku? Rumah kau pun boleh tahan jauh daripada rumah aku ", Kata Aulya Maisarah serba salah.
" Tidak apa, aku dah cakap dengan papa aku, hari ni aku nak jalan kaki dengan kau. Nanti pemandu papa aku ambik lah ", kata Aleya Hanis meyakinkan sahabatnya.
" Kalau kau dah cakap macam tu, ok ", kata Aulya Maisarah lantas berjalan beriringan dengan Aleya Hanis.
Semasa berada di hadapan kelas, secara tidak disangka Aulya Maisarah telah berlanggar dengan seorang pelajar lelaki. Habis buku Aulya Maisarah berterabur ke sana sini.
' Aduhh, sakitnya ', gumam Aulya Maisarah dalam hati. Apabila dia melihat pelajar yang dilanggarnya tadi, dia cepat-cepat berdiri dan memohon maaf.
" Awak, saya minta maaf ya sebab langgar awak. Saya tidak sengaja ", kata Aulya Maisarah sambil mengumpul kembali buku-bukunya.
" Tidak mengapa, lagipun tak ada cedera dekat mana-mana ", kata pelajar lelaki tersebut.
Selepas selesai mengumpul bukunya, Aulya Maisarah mendongak untuk melihat siapa yang telah dilanggarnya. Apabila pelajar lelaki tersebut berpaling ke arahnya, jantung Aulya Maisarah berdegup kencang.
' Aqil Lutfi ', kata Aulya Maisarah dalam hati.
" Awak, saya pergi dulu lah ya. Maaf saya terlanggar awak tadi. Bye, Assalamualaikum ", kata Aulya Maisarah lantas berlalu pergi meninggalkan Aqil Lutfi yang masih terpaku melihat ke arahnya.
Share this novel