BAB 6

Romance Series 3680

Apabila selesai mandi serta menunaikan solat zohor, Aulya Maisarah segera turun ke dapur untuk menjamu selera.

" Ibu, hari ni ibu masak apa? Baunya sedap semacam ", tanya Aulya Maisarah kepada ibunya.

" Hari ni ibu masak lauk kegemaran Aulya, telur masak potong bawang lada dengan sambal tumis. Kalau Aulya nak makan sekarang, makan lah. Ibu masih kenyang lagi ", kata Puan Suzilianah seraya memandang anaknya.

Mendengar sahaja nama lauk kegemarannya, dengan sepantas yang mungkin dia mencedok nasi serta lauk dan mula makan dengan seleranya.

" Ibu, Aulya baru perasan. Abah mana ya ibu? Tadi masa balik Aulya tengok motor abah tiada ", tanya Aulya Maisarah.

" Biasalah abah kamu tu, jumpa kawan lama dia. Katanya dah lama tak jumpa. Nak pergi memancing katanya ".

Aulya hanya menggangguk dengan jawapan ibunya. Dia terus menjamah makanannya sehingga kekenyangan.

" Ibu, Aulya naik bilik dulu ya. Nak siapkan kerja sekolah. Nanti senang, malam boleh tidur awal ", kata Aulya Maisarah.

" Ok. Sebelum buat kerja sekolah tu baca doa dulu agar dipermudahkan urusan untuk buat kerjanya ", pesan Puan Suzilianah.

" Baik ibu. Aulya sentiasa ingat pesanan ibu itu ", kata Aulya Maisarah seraya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience