BAB 12

Romance Series 3680

Aqil Lutfi yang masih terkejut dengan kejadian yang menimpanya sebentar tadi disedarkan oleh rakan barunya, Ammar.

" Aqil, kau menung apa tu? ", kata Ammar.

" Tiada apa-apa lah. Cuma tadi aku kena langgar dengan seorang budak perempuan", kata Aqil Lutfi.

" Hah! Ya ke? Kau kenal tak siapa? ", tanya Ammar.

" Aku tak tahu nama budak tu siapa, tapi apa yang aku tahu budak tu pakai tudung labuh ", kata Aqil Lutfi memberikan penjelasan tentang siapa yang melanggarnya.

" Ohh, budak tu. Aku ingat siapa je lah tadi ", kata Ammar.

" Kau kenal ke budak tu? ", tanya Aqil Lutfi sedikit teruja.

" Mestilah kenal. Aku kan satu kelas dengan budak tu. "

" Nama budak tu siapa Ammar? ", tanya Aqil Lutfi tidak sabar-sabar lagi. Mestilah tidak sabar hendak tahu nama Si Pemikat Hati.

" Nama dia Aulya Maisarah ", kata Ammar.

" Ohh ". ' Nice name' , getus hatinya.

" Aku nak tanya lah Aqil, kenapa kau macam teruja sangat nak tahu pasal budak tu? ", tanya Ammar kehairanan.

" Mmm, macam mana ya aku nak bagitahu kau ", kata Aqil Lutfi. Dia bukannya tidak mahu berterus terang terhadap rakannya. Akan tetapi, dia malu.

" Apa, bagitahu je lah. Aku janji aku akan simpan rahsia kau ", rayu Ammar.

" Sebenarnya, aku dah jatuh hati dengan budak tu ", kata Aqil Lutfi malu. Mukanya yang berubah menjadi merah jelas kelihatan kerana Aqil Lutfi juga memiliki kulit yang putih.

" Wahh, sejak bila ni, aku tak tahu pun ", kata Ammar kepadanya.

" Sejak aku bertentang mata dengan dia kat kantin semalam. "

" Ohh, tak sangka aku. Cinta pandang pertama lah ni ", kata Ammar seraya tersengih ke arah Aqil Lutfi.

" Ya ", jawab Aqil Lutfi sepatah.

" Kau tak nak terus terang kat dia ke Aqil? Mana tahu dia pun suka dekat kau ", kata Ammar.

" Aku pun tak tahu lah. Aku takut dia tak suka ", kata Aqil Lutfi dengan nada sayu.

" Macam ni lah, bila kau rasa nak terus terang dengan dia? "

" Mungkin tidak. Mungkin aku pendam je lah perasaan aku ni kat dia. Sampai habis SPM ", kata Aqil Lutfi.

" Kalau kau dah kata macam tu, ok. Aku pun tak boleh nak paksa kau bagitahu dekat dia. Dah lah, jom kita balik ", kata Ammar lantas mereka pulang ke rumah masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience