Semasa tengah makan, Aleya Hanis menyiku lengan Aulya Maisarah. Aulya Maisarah yang berasa terganggu mula bertanya akan tindakan sahabatnya itu.
" Kau ni kenapa Nis, tiba-tiba siku lengan aku. Aku nak makan pun tak senang ", kata Aulya Maisarah.
" Tu budak baru yang aku cakap semalam, alang-alang dah ada, apa salahnya aku tunjuk dekat kau ", kata Aleya Hanis sambil menunjuk ke arah seseorang.
Dengan pantas, Aulya Maisarah melihat ke arah yang ditunjuk oleh sahabatnya itu. Secara tiba-tiba, Aulya Maisarah terpaku apabila melihat anak mata pelajar tersebut. Jantungnya pula berdetak semakin laju. Dia tidak tahu apa yang dirasakan olehnya saat ini.
Aleya Hanis yang melihat sahabatnya terpaku melihat pelajar baru itu segera menegur. " Ehem-ehem, terpaku ke tengok pemikat hati? ", kata Aleya Hanis.
Aulya Maisarah yang tersedar daripada lamunannya sebentar tadi cepat-cepat mengalihkan pandangan. Malu apabila disedari oleh sahabatnya. Habis merah mukanya.
" Tu lah kau, aku dah kata semalam, mesti kau jatuh hati punya pada budak tu. Semalam punyalah tak minat dengan cerita aku. Tapi sekarang, siapa yang kalah dengan kata sendiri hah? ", kata Aleya Hanis sambil senyum kepada Aulya Maisarah.
" Apa yang kau merepek ni, mana ada aku buat apa-apa ", kata Aulya Maisarah untuk menyembunyikan malunya. Padahal sebenarnya dia tahu yang Aleya Hanis telah pun melihat dia terpaku semasa bertentang mata dengan pelajar baru tersebut.
" Apa-apa je lah Aulya. Kalau hati tu dah terpikat, cakap sahaja lah. Jangan malu-malu "
" Dah lah. Cepat sikit makan. Nanti kalau masuk kelas lambat aku juga yang kena marah ", kata Aulya Maisarah dan terus berlalu meninggalkan Aleya Hanis yang masih tersenyum melihat gelagat Aulya Maisarah yang tidak tentu arah.
Share this novel