Selesai sesi persekolahan, Aulya Maisarah dengan pantas turun daripada bangunan sekolah untuk pulang ke rumah. Maklumlah, Aulya Maisarah pergi dan pulang daripada sekolah dengan berjalan kaki. Hal ini kerana jarak rumahnya dengan sekolah tidak sampai 1 km.
Semasa dalam perjalanan pulang, dia terlihat seorang pelajar lelaki berjalan masuk ke dalam rumah banglo yang berada tidak jauh daripada rumahnya. Dia seolah-olah pernah lihat pelajar tersebut. Dia mengambil keputusan untuk melihat sebentar siapakah pelajar lelaki tersebut.
Apabila dirinya semakin mendekat dengan banglo tersebut, dengan tidak disangka-sangka, pelajar lelaki tersebut memandang ke arah belakang. Aulya Maisarah dengan segera bersembunyi antara dinding rumah tersebut. Apabila dia mengintai sekali lagi, jantungnya berdegup kencang. Dia tidak sangka bahawa pelajar lelaki tersebut ialah Aqil Lutfi.
Aqil Lutfi yang merasakan ada seseorang mengikutnya, segera pergi ke dinding tempat Aulya Maisarah bersembunyi.
' Alamak, dia datang sini lah pulak. Apa yang aku nak buat ni. Tu lah Aulya, sibuk lagi nak ikut orang. Ya Allah, kau bantulah hamba mu ini ', kata Aulya dalam hati.
Apabila sudah hampir dengan dinding tersebut, tiba-tiba ummi Aqil Lutfi memanggilnya untuk masuk ke dalam rumah.
" Aqil! Buat apa tu kat luar. Masuk dalam cepat. Mandi, solat apa semua. Lepas ni kita nak pergi rumah nenek kamu ", laung Puan Sri Wardina daripada dalam rumah.
" Baik ummi, Aqil masuk sekarang ", sahut Aqil Lutfi. Perasaannya tadi dibiarkan tergantung sepi lantas terus masuk ke dalam rumah.
Aulya Maisarah yang sedang bersembunyi di belakang dinding rumah tersebut segera lari menuju ke rumahnya. Dia sangat bersyukur apabila emak Aqil memanggilnya sebentar tadi.
Share this novel