BAB 7

Romance Series 3680

" Alhamdulillah, leganya bila dah siap kerja sekolah ", kata Aulya Maisarah sambil merenggangkan sedikit badannya.

Seketika kemudian, dia teringat kembali peristiwa semasa dia mengikut pelajar lelaki tadi. Dia tidak sangka bahawa pelajar tersebut ialah Aqil Lutfi. Dia juga tidak menyangka bahawa rumah Aqil Lutfi berhampiran dengan rumah dia.

Tiba-tiba, jantung Aulya Maisarah berdegup kencang apabila teringat peristiwa tadi. Dia mula merasakan sesuatu yang aneh dalam hatinya. Adakah mungkin dia sudah pun jatuh cinta pandang pertama? Dia pun buntu dengan apa yang dirasakan olehnya sekarang ini.

" Mmm, tak mungkin lah aku suka dekat dia. Padahal, baru tadi aku bertentang mata dengan dia. Belum bertegur sapa lagi. Tapi, masa terpandang anak mata dia, aku rasa lain lah dalam hati ni. Tapi boleh jadi juga. Tak apa lah. Esok aku tanya Hanis ", katanya kepada diri sendiri.

Setelah penat berteka-teki dengan perasaan sendiri, Aulya Maisarah mengambil keputusan untuk menonton televisyen bersama ibunya di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience