BAB 1

Romance Series 3680

Kring!! Kring!! Kring!!!

" Ish, Aulya cepat lah sikit, nanti lambat masuk kelas cikgu marah kita pulak ", kata Aleya Hanis. sahabat kepada Aulya Maisarah.

" Sabar lah sikit Nis, tinggal sikit je lagi nak kemas buku-buku aku ni ", kata Aulya Maisarah.

" Tu lah kau, aku dah kata, tak perlu bawak semua buku-buku tu time rehat, tengok sekarang siapa yang susah? Aku juga kan sebab nak tunggu kau lagi. Nasib baik lah sahabat, kalau tak dah lama aku tinggal ", kata Aleya Hanis sambil menjeling Aulya Maisarah.

" Ya aku tahu aku salah. Ok dah siap, jom "

Aulya Maisarah dan Aleya Hanis segera bergerak untuk masuk ke dalam kelas. Selepas ini, mereka akan mula belajar Add-Math pula. Cikgu Rohana yang mengajar mereka Add-Math amat pantang apabila anak muridnya masuk lambat ke kelas.

" Huh, Alhamdulillah, sampai juga akhirnya ", kata Aleya Hanis melepaskan lelah. " Nasib baik cikgu belum masuk lagi ".

" Kan, Alhamdulillah ", ucap Aulya Maisarah lega.

Aulya Maisarah merupakan seorang pelajar perempuan yang memakai tudung labuh di Smk Seri Makmur. Dia juga adalah salah satu pelajar yang dikenali akan kecerdikannya. Selain itu, Aulya Maisarah juga merupakan seorang yang bijak menangani masalah dan merupakan seorang pendengar yang baik. Aulya Maisarah mempunyai wajah yang cantik serta berkulit putih. Ramai pelajar lelaki yang menyukainya tetapi semuanya ditolak atas alasan hendak belajar dahulu.

" Wehh, leganya dah habis belajar. Lepas ni balik rumah aku nak peluk bantal aku puas-puas ", kata Aleya Hanis sambil memejamkan matanya.

" Banyak lah cantik muka kau, jangan lupa buat kerja sekolah fizik yang cikgu bagi tadi. Nanti bila tak siap mula lah gelabah takut kena rotan ", kata Aulya Maisarah.

Mendengar sahaja Aulya Maisarah berkata begitu, terus kelat wajah Aleya Hanis. Moodnya habis hilang gara-gara teringatkan akan kerja sekolah yang perlu disiapkannya nanti. Aulya Maisarah yang melihat muka sahabatnya berubah hanya mampu ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience