" Assalamualaikum, hai Aulya ", sapa Aleya Hanis kepada Aulya.
' Aikk, apa pasal minah ni tak jawab salam aku? Pelik je ', kata Aleya Hanis dalam hatinya.
Patut lah salamnya tidak dijawab. Sahabatnya sekarang ini sedang termenung. Tapi, pelik juga, jarang Aulya termenung ni. Dia ada masalah ke?
" Hui Aulya! ", panggil Aleya Hanis dengan nada yang sedikit tinggi.
Aulya Maisarah yang baru tersedar segera memandang sahabatnya. " Huh, ada apa? Kenapa kau panggil aku kuat-kuat ni ", tanya Aulya Maisarah yang masih blur itu.
" Apa tak nya, kau tu termenung jauh sangat sampai planet pluto. Aku yang daripada tadi panggil kau tak dengar-dengar. Kau ada masalah ke? Kalau kau ada masalah, kau boleh cerita kat aku. Kita kan sahabat. "
" Sebenarnya aku tak tahu nak mulakan cerita daripada mana ", kata Aulya Maisarah. Dia bukan tidak mahu cerita kepada sahabatnya, tetapi dia takut kemungkinan sahabatnya akan mentertawakan dirinya.
" Ok, sekarang ni kau cakap dulu dengan aku. Cerita kau ni pasal siapa. "
" Tapi kau janji dulu dengan aku, jangan sesekali kau ketawakan aku. "
“ I promise ”, kata Aleya Hanis sambil mengangkat tangannya seperti sedang berikrar.
" Pasal Aqil Lutfi ", kata Aulya Maisarah dengan suara yang perlahan namun masih dapat didengari oleh Aleya Hanis.
" Hah, budak baru tu? Kenapa dengan dia? Dia ada buat apa-apa dekat kau ke? Kalau ada dia buat apa? Ishh memang nak kena budak baru tu dengan aku ", kata Aleya Hanis tanpa mendengar penjelasan selanjutnya.
" Kau ni, dengar lah dulu ceritanya. Ni tidak, baru cakap nama dia dah fikir bukan-bukan. "
" Yelah, kalau macam tu, kenapa dengan dia? ", tanya Aleya Hanis.
" Aku rasa kan Nis, aku dah jatuh hati kat dia lah ", kata Aulya Maisarah malu-malu.
" Wowww, tu lah kau. Hari tu sombong sangat. Tengok sekarang, kau juga yang jatuh hati kat dia. "
" Ala, mana aku tahu. Dah benda nak jadi ", kata Aulya Maisarah cuba untuk mempertahankan dirinya.
" Kalau kau rasa kau betul-betul suka dekat dia, kau luahkan je lah perasaan kau kat dia. Pastu tak perlu fikir apa-apa lagi ", kata Aleya Hanis memberikan cadangan.
" Tapi aku takut lah Nis. Aku nak sangat cakap dengan dia, tapi aku takut, malu semua bercampur jadi satu. Lagipun kita nak dekat SPM kan. Aku kalau boleh tak nak cakap dengan dia lagi ", kata Aulya Maisarah.
" Kalau macam tu, ikut mana yang kau rasa terbaik untuk diri kau dan juga dia. Kalau kau belum bersedia, tak apa. Lain hari boleh cuba. Yang penting, kalau kau dah bersedia atau pun perlukan apa-apa nasihat, aku ada untuk kau ", kata Aleya Hanis memberikan kata semangat kepada Aulya Maisarah.
" Ok, terima kasih Nis jadi pendengar yang baik. Maaf kalau aku susahkan kau ", kata Aulya Maisarah sugul.
" Tidak lah. Aku lagi suka kalau dapat tolong sahabat aku. Tak pe eh. Sekarang ni kita belajar dulu, ok. "
" Mmm, ok. "
Share this novel