BAB 16

Romance Series 3680

Hari ini merupakan hari pertama pelajar tingkatan 5 Smk Seri Makmur menghadapi peperiksaan SPM. Aulya Maisarah serta Aleya Hanis yang sedang beratur tidak putus-putus berdoa agar dipermudahkan urusan untuk menjawab soalan.

" Aulya, aku takutlah ", kata Aleya Hanis.

" Nis, aku pun takut tau. Lagi takut daripada kau ", jawab Aulya Maisarah.

Setelah beberapa minit berlalu, guru bertugas memberi arahan agar semua calon masuk ke dalam dewan peperiksaan.

" Aulya, kau doakan aku ya ", kata Aleya Hanis.

" Ya, kau pun doakan aku ".

Setelah habis menjawab kertas Add-Math, semua calon dibenarkan untuk rehat. Aulya Maisarah segera mendapatkan sahabatnya.

" Nis, jom rehat ", ajak Aulya Maisarah.

" Jom ". Mereka pun jalan beriringan ke kantin.

Semasa makan, mereka berbual tentang soalan peperiksaan sebentar tadi.

" Wehh Aulya. Macam mana tadi kertas Add-Math? Mesti bagi kau senang kan ", kata Aleya Hanis.

" Kau ni, mana ada. Bagi aku, adalah soalan yang senang dan susahnya. Tak kan lah semua soalan senang ", kata Aulya Maisarah pula.

Dalam beberapa ketika, datang Ammar dan Aqil Lutfi ke arah Aulya Maisarah serta Aleya Hanis.

" Assalamualaikum ".

" Waalaikumussalam ".

" Boleh tak kami nak ulangkaji pelajaran dengan korang? ", tanya Ammar meminta izin.

" Boleh, duduklah ", pelawa Aleya Hanis.

Setelah diberi keizinan, Ammar duduk di hadapan Aleya Hanis manakala Aqil Lutfi duduk di hadapan Aulya Maisarah.

Semasa sedang mengulangkaji, datang Shazrieny, rakan sekelas Aulya Maisarah. Shazrieny merupakan pelajar yang popular di Smk Seri Makmur kerana kecantikannya. Akan tetapi, akhlaknya tidak secantik luarannya. Shazrieny sentiasa iri hati terhadap Aulya Maisarah kerana telah menggugat kedudukannya sebagai pelajar popular. Shazrieny juga memasang perasaan terhadap Aqil Lutfi.

" Hai Aqil. How are you? Ok tak tadi awak jawab periksa? ", tanya Shazrieny dengan suara gediknya.

Aqil Lutfi yang rimas akan sikap Shazrieny segera berkata " Dah lah, awak pergi lah dengan kawan-kawan awak. Jangan ganggu kami hendak belajar ", kata Aqil Lutfi.

" Ala...awak ni dah kenapa? Ni mesti sebab perempuan ni kan? ", tuduh Shazrieny lalu menolak Aulya Maisarah. Nasib juga tidak menyebelahi Aulya Maisarah apabila dia terjatuh.

Aqil Lutfi yang melihat perempuan yang disukainya terjatuh, segera memarahi Shazrieny. " Awak ni kenapa? Saya suruh awak pergi, pergilah. Tak perlu sampai nak tolak Aulya ", marah Aqil Lutfi.

" Ok, kalau macam tu saya pergi dulu. Tunggu lah nasib kau nanti perempuan ", kata Shazrieny kepada Aulya Maisarah lalu terus berlalu pergi.

Setelah Shazrieny pergi, Aqil Lutfi segera mendapatkan Aulya Maisarah yang dibantu oleh Aleya Hanis. " Awak, awak ok tak? ", tanya Aqil Lutfi kerisauan.

" Saya tak apa-apa. Lagipun, saya dah biasa kena ", kata Aulya Maisarah membuatkan Aqil Lutfi sedikit hairan.

" Apa maksud awak dengan dah biasa kena? ", tanya Aqil Lutfi.

" Shazrieny tu memang dah lama iri hati dengan Aulya. Dia kata sebab Aulya dah ambil segala keistimewaan dia dekat sekolah ni ", terang Aleya Hanis.

" Ohh, macam tu ", kata Aqil Lutfi sambil menggangguk faham. " Apa-apa pun, saya nak minta maaf. Kalau saya marah dia awal-awal, awak tak akan kena tolak dengan dia ", kata Aqil Lutfi.

" Tidak apa. Lagipun, awak tak salah. Ini semua ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah yang besar disebalik kejadian ni. Lain kali, awak jangan lah marah dia macam tu lagi ya. Kesian dia ", kata Aulya Maisarah.

" Aikk, tak akan lah awak masih kesian dekat dia selepas apa yang dia dah buat dekat awak? "

Aulya Maisarah senyum lantas berkata, " Saya ni bukanlah Tuhan untuk menghukum orang lain. Saya juga bukanlah siapa-siapa untuk menentukan dosa dan pahala seseorang. Apa salahnya, kita memaafkan dia. Bukankah maaf itu merupakan akhlak Rasulullah? Dan bukankah maaf itu lebih baik daripada berdendam? ", kata Aulya Maisarah memberikan hujahnya.

Aqil Lutfi hanya mampu berdiam diri apabila mendengar ayat Aulya Maisarah. Sungguh mahir gadis yang berada di hadapannya menyusun kata ' Ini yang buat saya makin sayang dekat awak ', kata Aqil Lutfi dalam hati.

Apabila pelajar diminta untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan semula, mereka berempat pun segera bergerak menuju ke dewan peperiksaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience