" Saya berharap agar SPM pada tahun ini mencapai keputusan yang baik. Saya juga berharap agar pelajar-pelajar yang berada di hadapan saya ini berusaha untuk mencapai kejayaan dalam SPM dan dapat mengharumkan nama sekolah. Setakat ini sahaja ucapan saya. Assalamualaikum ", ucap pengetua Smk Seri Makmur menyampaikan hasratnya.
" Waalaikumussalam ", jawab Aulya Maisarah serta Aleya Hanis serentak.
" Wehh, aku tak sangka. Esok kita dah mula SPM. Aku takut lah. Dah lah ilmu aku ni belum cukup. Lain lah macam kau. Ilmu penuh di dada ", kata Aleya Hanis kerisauan.
" Ishh kau ni. Jangan cakap macam tu. Tak baik. Lagipun, aku dengan kau ni sama je pada Allah. Aku dan kau, dua-dua adalah hambanya yang lemah dan tidak berdaya. Jadi, kita mestilah usaha sungguh-sungguh. Selebihnya, kita berdoa dan bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya, kejayaan itu adalah milik-Nya ", kata Aulya Maisarah memberikan nasihat.
" Sejuk hati aku dapat sahabat macam kau. Terima kasih ya Aulya, sebab jadi sahabat aku yang paling baik. Jadi penasihat aku, pendorong aku. Kalau ada salah silap aku pada kau, harap kau maafkan ", kata Aleya Hanis menahan sebak.
" Tidak lah. Aku tak ada simpan dendam atau apa-apa dekat kau. Aku pun ikhlas kawan dengan kau. Dah lah. Kita jangan sedih-sedih ya. Apa kata petang ni kita ulangkaji sama-sama. Dekat taman permainan yang dekat-dekat dengan rumah aku tu. Kau nak tak? ", ajak Aulya Maisarah untuk menggembirakan sahabatnya.
" Nak, nak. Sekurang-kurangnya, dapat aku ulangkaji Add-Math dengan kau ", kata Aleya Hanis dengan penuh bersemangat.
" Hah, macam tu lah sahabat aku ". Selepas itu, mereka pergi ke kelas dengan semangat yang baru.
**********************
Aqil Lutfi yang mendengar setiap bait perkataan yang keluar daripada mulut Aulya Maisarah berasa tenang. Sejuk hatinya apabila mendengar nasihat Aulya Maisarah kepada sahabatnya. Dengan suaranya yang begitu lunak sehingga menusuk ke kalbu. ' Haih, alangkah indahnya kalau dia jadi milik aku selamanya ', kata Aqil Lutfi dalam hati sambil tersenyum.
" Yang kau ni dah kenapa Aqil senyum sorang-sorang? Berangan naik pelamin dengan Aulya ke? ", tanya Ammar kepada Aqil Lutfi.
" Kau ni, mana ada. Umur aku ni masih muda lagi nak berangan naik pelamin ", kata Aqil Lutfi malu.
" Elehh, dalam hati tu sebenarnya dah ada taman ",
" Wehh, apa kata petang ni kita pergi taman ulangkaji pelajaran sama-sama. Kau nak tak? ", tanya Aqil Lutfi kepada Ammar teruja.
" Kau ni mimpi apa tiba-tiba ajak aku pergi taman? ", tanya Ammar kembali.
" Tadi, aku dengar Aulya ajak kawan dia ulangkaji dekat taman dekat-dekat dengan rumah dia. Aku tahu taman tu dekat mana sebab rumah aku dengan rumah Aulya jaraknya tidak lah terlalu jauh. Jadi, mestilah taman yang dimaksudkan tu taman yang dekat-dekat dengan rumah aku juga. Boleh lah wehh kita join diorang sekali. Dapat lah aku kenal-kenal dengan Aulya ", pujuk Aqil Lutfi.
" Mmm, ye lah. "
" Hehehe. Terima kasih Ammar. Sayang kau, mmuah. "
" Euww, jijik lah ", kata Ammar seraya membuat muka kegelian.
" Hahaha ", ketawa Aqil Lutfi lalu mereka pun pergi ke kelas masing-masing.
Share this novel