BAB 8

Romance Series 3680

Aqil Lutfi yang sedang termenung dalam biliknya mengingati kembali peristiwa semasa dirinya diikuti oleh seorang pelajar perempuan yang telah berjaya memikat hatinya. Dia tersenyum sendirian.

Bukannya dia tidak perasan bahawa pelajar tersebut mengikutinya. Akan tetapi, dia hanya membiarkan sahaja pelajar itu mengikutinya dan buat-buat tidak tahu.

" Hish, kenapa lah dengan aku ni. Boleh pula aku terjatuh hati kat dia masa bertembung mata dia kat kantin tadi. Hurm, apa lah nama budak perempuan itu ya? Kalau lah budak perempuan tu suka dekat aku juga. Tapi, mungkin juga tidak. Sebab budak tu ramai peminat ", kata Aqil Lutfi kepada dirinya.

Aqil Lutfi juga telah terpikat dengan keayuan Aulya Maisarah semasa berada di kantin sekolah. Jantungnya juga berdegup kencang tatkala bertentang mata dengan Aulya Maisarah. Siapa sangka bahawa dia juga jatuh cinta pandang pertama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience