" Nis jom kita duduk dekat pondok tu nak tak? ", tanya Aulya Maisarah kepada Aleya Hanis sambil menunjukkan pondok yang berada di taman tersebut.
" Boleh juga. Dekat sana pun redup. Sesuai dan selesa untuk belajar ", kata Aleya Hanis. Setelah mendapat kata persetujuan daripada sahabatnya, Aulya Maisarah bergegas pergi ke pondok tersebut.
" Mmm, Aulya. Boleh tak aku nak tanya kau satu soalan? Tapi janji dengan aku, kau jangan marah apabila aku tanya soalan ni ", kata Aleya Hanis.
" Ya, aku janji tak marah. Apa soalannya? "
" Kau masih suka dekat Aqil Lutfi? ", tanya Aleya Hanis.
" Mesti kau tahu jawapan aku ", kata Aulya Maisarah. Aleya Hanis sedar akan perubahan muka Aulya Maisarah daripada gembira menjadi sedih.
" Tapi, sampai bila kau tak nak berterus terang? Aku yang tengok kau ni pun rasa menderita ", kata Aleya Hanis.
" Aku dah cakap dengan kau. Keputusan aku muktamad bahawa aku akan simpan perasaan aku ni dekat dia. Sampai habis SPM ".
" Tapi sepatutnya, kalau kau nak suka dia, biar sepenuh hati. Jangan sepenuh jiwa. Jadi, kalau menderita, sakitnya hanya sekadar di hati bukannya di jiwa ", kata Aleya Hanis memberikan pandangannya.
" Apa yang aku boleh buat? Kalau memang ditakdirkan aku suka dia sepenuh jiwa? Aku tak boleh nak tolak perasaan aku dekat dia. Makin bertambah adalah ", jawab Aulya Maisarah.
" Kalau macam tu, aku harap kau tidak akan terus hanyut dalam perasaan sendiri ".
" Sesungguhnya, aku dah lama hanyut dibawa arus perasaan. Tanpa ada perahu yang boleh aku berpaut. Dan sampai sekarang, aku masih lagi tenggelam dan tidak juga timbul ", kata Aulya Maisarah.
Aleya Hanis yang faham apabila sahabatnya berkata seperti itu hanya mampu mendiamkan diri.
Share this novel