“ Maaf tuan. Ini lagi seorang pekerja yang datang melapor diri sebagai pembantu Pengurus Pemasaran. Cik Cinta, sila duduk.” Ujar Nana.
“ Tuan, saya keluar dulu.”
Tengku Haiqal dan Tengku Iqram saling berpandangan antara satu sama lain. Aku pula rasa tak senang duduk bila berhadapan dengan dua orang lelaki yang baru ku temui.
“ Baiklah, Encik Tengku Iqram dan Cik..?” ujar Tengku Haiqal.
“ Cik Cinta Amani!” jawabku.
“ Mulai hari ini, kamu berdua akan mula bekerja di Syarikat Waja Holding. Saya harap kamu berdua akan dapat bekerjasama dengan baik.”
“ Nana, masuk sekejap.” Arah Tengku Haiqal di talian.
“ Yer..tuan.”
“ Awak tolong bawa mereka berjumpa dengan staf-staf yang lain dan tunjukkan tempat kerja mereka.” Ujar Tengku Haiqal dengan serius.
Aku dan Tengku Iqram dibawa keluar oleh Nana untuk berkenalan dengan staf-staf yang lain. Tengku Iqram sempat menjeling seklias kepadaku sambil menghadiahkan senyuman kepadaku. Aku naik seram pulak melihat lelaki ni yang dari tadi asyik senyum jer.
“ Ok…semua, minta perhatian! Hari ini kita ada dua orang pekerja baru. Baiklah, Encik Tengku Iqram dan Cik Cinta Amani, sila perkenalkan diri kepada staf yang lain.” Ujar Nana ramah.
Aku dan Tengku Iqram saling berpandangan. Dalam hati bertanya, siapa la yang nak mulakan dulu. Kami berdua diam seketika.
“ Ehem..ehem..i think ladies should going first?” Tengku Iqram senyum sekali lagi kepadaku.
“ Er..er. Hai! Nama saya Cinta Aznaina Al-Adib. Boleh panggil saya Amanai. Saya masih baru lagi dalam bidang ni. Saya harap semua boleh beri tunjuk ajar pada saya.” Semua orang bertepuk tangan.
“ Ok..my turn. Saya Tengku Iqram Tengku Harith atau Iqram jer. Saya harap kita semua boleh bekerja dengan baik. Awak semua tak perlulah nak rasa segan dengan saya walaupun saya ni adik bos kamu. Anggap jer macam pekerja biasa. Saya pun masih baru lagi dalam pekerjaan ni.” Iqram sangat ramah melayan semua staf yang lain. Memang berbeza sekali dengan abangnya yang di dalam tu. Aku dibawa ke mejaku. Begitu juga dengan Ikram menuju ke mejanya.
Share this novel