L, is for the way you look at me
O, is for the only one I see
V, is very very, extraordinary
E, is even more than anyone that you adore
And love
Is all that I can give, to you
Love, is more than just a game, for two
Two, in love can make it
Take my heart, and please don't break it
Love, was made for me and you.
******
“Selamat pagi, Assalamualaikum. Ini Cik Cinta Aznaina ke?” tanya satu suara di hujung talian.
“ Waalaikumsalam. Betul, aya Cinta Aznaina. Kenapa?” soalku.
“ Baiklah. Cik Cinta, saya dari Syarikat Waja Holding, sukacita ingin memaklumkan kepada Cik bahawa Cik telah diterima menjadi pekerja syarikat kami. Cik perlu melapor diri pada hari isnin ini pada pukul 9.00 pagi.”
“ Betul ke Cik? Terima kasih..terima kasih..terima kasih..Cik. Saya akan bekerja bersungguh-sungguh.” Ucapku teruja.
“ Ok. Saya tunggu kehadiran Cik Amani. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumsalam.”
Aku melonjak kegembiraan kerana akhirnya aku sudah dapat kerja. Alhamdulillah. Nanti bolehlah aku kirim duit kat emak dan abah di kampung. Yahoo……aku dah dapat kerja. Ok..Cinta, sekarang kau dah dapat kerja. Jadi, kau perlu bekerja bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan kedua orang tua kau. Kau bukannya datang dari keluarga yang senang.
“ Hoi! Mak cik, apa hal yang kau terloncat-loncat kat atas katil ni? Kalau roboh macamana?” ujar Ria.
“ Wei!! Kau cuba teka kenapa aku terloncat-loncat kat atas katil ni?” dugaku.
“ Kau menang loteri?”
“ Astagfirullah..kau giler. Haram tau..lain?”
“ Kau dah ada…boyfriend kaya yer?” teka Ria lagi.
“ Salah! Aku mana ada boyfriend la. Cuba kau tengok muka aku ni. Aku ni dah lah pakai kaca mata, tak pandai bergaya pulak tu. Mana la orang nak pandang aku.” jawabku.
“ Habis! Apa lagi? Kau cakap jer la..”
“ Aku..aku..dah dapat kerja!!!!!” bisikku pada telinganya.
“ Ish..mak cik ni. Perlahan-lahan la kalau nak beritahu aku. Sakit telinga aku. Wow…serius kau dah dapat kerja?”
“ Ye lah. Itu pasal la aku terloncat-loncat..”
“ A’ah…macam kera mendapat bunga” sambung Ria.
“ Eee..kau ni kan..suka main-main tau. Aku serius ni. Aku dah dapat kerja kat Syarikat Waja Holding. Isnin ni aku dah start kerja dah..”
“ Bestnya….kau dapat kerja kat salah sebuah syarikat terbesar kat negara kita ni.”
“ Alhamdulillah..”
“ Kau dah call mak kau ke pasal hal ni?”
“ Tu lah..aku nak call la ni tapi kau pulak yang masuk bilik aku..” usik ku.
“ Ok..lah Cik Cinta Amani. Baik kau call emak kau tentang berita gembira ni. Aku keluar dulu. Esok aku nak mengajar. Selamat malam.”
Share this novel