BAB 3

Romance Completed 10297

“ Dengar kata, bos kita akan bawa adik lelakinya bekerja di syarikat kita ni?” ujar Siti pada Nana.

“ Yer..betul. Aku ada dengar cerita tu. Mereka cakap adik bos pun boleh tahan juga hansem. Lepas tu, ada khabar angin kata yang adik bos kita ni lebih peramah dari bos kita tu.”

“ Udah-udah ler kamu berdua bergosip tu..nanti bos sampai, kamu juga yang susah.”

“ Tak ada lah. Kita orang cuma curious sangat nak tengok adik lelaki bos kita tu. Tapi, kan Siti, aku lebih suka tengok bos kita tu walaupun selalu jer serius. Tapi, beruntungkan jadi mereka tu. Dahlah, hansem, kaya, berpelajaran pulak tu. Kalau la aku boleh jadi girlfriend bos, alangkah bahagianya hidup aku..”

“ Berangan je la kau ni Nana. Kau boleh tahan ker kalau dapat pakwe yang serius macam tu? Nak buat lawak pun kena fikir du tiga kali kut kalau nak buat depan dia?”

Aku melangkah masuk ke bahagian pemasaran dengan tenang. Siti dan Nana berhenti berbual lalu mengalihkan pandangan mata mereka kepadaku. Mereka berdua menghadiahkan aku senyuman. Aku membalasnya. Tiba-tiba, ada seseorang berdehem di belakangku? Aku terus memandang ke belakang. Lelaki itu senyum padaku. Tetapi seorang lagi disisinya hanya menunjukkan riak wajah yang serius. Aku memberikan laluan kepada mereka berdua.

“ Nana, itu ker adik bos kita tu? Hansemnya…” puji Siti pada Nana.

“ Shhhh..jangan bising. Bos dah sampai.” Bisik Nana perlahan.

“ Selamat pagi tuan.” Ujar Siti dan Nana. Tengku Haiqal hanya memandang sekilas sahaja mereka berdua. Tengku Iqram membututi belakang abangnya. Tengku Iqram juga sempat menghadiahkan senyumannya yang manis hingga menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya kepada para pekerja.

Aku meneruskan langkahku ke arah dua orang perempuan itu untuk bertanya kepada mereka.

“ Assalamualaikum. Saya Cinta Aznaina binti Al-Adib. Saya datang nak melapor diri untuk jawatan Pembantu Pengurus Pemasaran di sini.” Ujarku.

“ Oh..awaklah Cik Cinta Aznaina yer. Mari, ikut saya berjumpa dengan Pengarah Urusan. Sila.” Ajak Nana pada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience