BAB 2

Romance Completed 10296

“ Tuan! Sarapan sudah siap. Datin suruh turun ke bawah.” Panggil bibik di luar pintu.

“ Ok. Terima kasih.” Ucap Tengku Haiqal. Tengku Haiqal mengemaskan tali lehernya terlebih dahulu sebelum keluar dari bilik tidurnya.

“ Good morning mama. Muahhhhh!!!” sapa Tengku Iqram sambil mengucup pipi mamanya. Memang sudah tabiat Tengku Iqram mengucup pipi mamanya setiap pagi kerana ingin bermanja dengan mamanya.

“ Morning.” Balas Datin Haleeda kepada anak keduanya.

“ Mama, abang belum turun lagi ker?”

“ Kejap lagi. Kamu kan tahu abang kamu tu, bersiap memang mangalahkan perempuan.” Tengku Iqram tertawa mendengarnya. Memang tidak dinafikan antara Haiqal dan dirinya memang berbeza. Abangnya sentiasa bernampilan kemas tetapi tidak dirinya yang sukakan penampilan yang santai.

“ Ehem…mengata abang ke?” Tengku Haiqal berdehem di belakang mama.

“ Kenapa? Tak boleh ke?” balas Tengku Iqram. Tengku Haiqal mengambil tempat duduk di bahagian tengah meja makan. Semenjak ayahnya meninggal 3 tahun yang lepas, Tengku Haiqal la yang mengambil alih perniagaan keluarga mereka.

“ Dah..jangan banyak cakap. Cepat makan sarapan tu. Nanti lewat pulak nak masuk kerja.” Ujar Tengku Haiqal serius.

“ Relax la bang. Masih awal lagi ni.”

“ No! Angah kan hari ni first day masuk kerja. So, kena tunjuk contoh yang baik kepada pekerja yang lain. Faham!”

“ Faham..” jawab Tengku Iqram perlahan. Memang tak boleh dibuat lawak la abangnya ni. Semenjak ayah meninggal, abangnya sudah mula berubah menjadi seorang yang serius. Kadang-kadang, Tengku Iqram pun takut hendak berbicara dengan abangnya.

“ Dah la tu Haiqal. Jangan bertegas sangat dengan adik kamu tu. Ok..cepatlah makan. Nanti lambat pulak masuk kerja.” Ujar Datin Haleeda

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience