Haiqal menarikkan kerusi untuk aku duduk. Aku hanya membiarkan sahaja. Terasa lain macam pula nak makan kat restoran mewah ni. Haiqal melabuhkan punggungnya untuk duduk berhadapan dengan ku.
“ Encik Haiqal..kenapa tak beritahu saya yang kita nak makan kat hotel?”
“ Surprise for you..”
“ Surprise?”
“ Yes..tonight I have something to tell you.” Dia senyum lagi kepadaku. Haiii…dia pun dah kena jangkitan adiknya tu ke yang selalu senyum. Tiba-tiba, pelayan datang untuk mengambil pesanan. Aku mengikut apa sahaja yang dipesan Encik Haiqal.
“ Cinta…sebelum tu saya nak awak tukar panggilan awak kepada saya tu. Just call me Haiqal. Kalau nak sweet lagi..panggil abang.” Usik Haiqal.
“ Eee…tak malu. Ye..lah..Haiqal. Ok?”
“ Ehm…kurang ok. Lebih ok kalau panggil abang..” Haiqal ketawa.
“ Tak nak….” perbualan kami terhenti seketika disebabkan pelayan tadi menghantar hidangan makanan.
“ Tak apa. Bila Cinta kahwin dengan saya nanti…kenalah panggil la abang.” Kenapa pulak si Haiqal ni lain macam malam ni. Macam tak sesuai pulak perwatakkan dia malam ni kalau nak dibandingkan waktu kat ofis. Tiba-tiba, Haiqal memanggil seorang pelayan dan membisikkan sesuatu ke telinganya.
“ Awak bisik apa pada pelayan tu?”
“ Adalah…surprise..” Haiqal mengangguk kepada pelayan itu menandakan tanda setuju. Haiqal sebenarnya ingin meluahkan perasaannya pada malam ini dengan diirngi oleh gesekan biola yang romantis.
“ Cinta…saya ada sesuatu nak beritahu awak.” Aku tiba-tiba berdebar saat melihat pandangan matanya.
“ Sejak kali pertama aku melihatmu, hatiku telah diketuk oleh cintamu…Cinta Amani. This song is for you..” Pelayan itu menyerahkan michrophone kepada Haiqal.
Aku seakan-akan terbuai mendengar alunan suara yang persis Afgan dari Haiqal. Huwaa…..memang tak tidur lena la aku malam ni. Aku tak sangka pulak dia boleh jadi seromantis ini.
Kali ini ku sadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu
Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini ku lakukan
Karena kamu memang untukku
Haiqal melutut di depanku sambil menghadiahkan aku sejambak bunga ros berwarna merah. Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.
“ Tengku Haiqal…saya terima cinta awak dengan sepenuh hati kerana hatiku juga telah diketuk oleh awak. Thanks for you’s surprise..i really love it and pandai awak nyanyi.” Luahku.
“ YEHHHH!!!! Thanks Cinta…I’m really happy.”
“ But! Saya nak tanya awak sesuatu dulu.” Haiqal kembali semula ke kerusinya dan menghadapku.
“ Apa dia?”
“ Saya nak tanya kenapa kalau kat dalam ofis awak selalu marah-marah kiter?” aku pura-pura membuat muka marah kepadanya. Selalunya kalau dalam ofis dia yang selalu marah aku. Biarlah kali ni aku pula yang uji dia.
“ Oh…pasal tu. Actually, saya saja jer marah awak sebab nak awak ingatkan saya selalu. Mesti awak ingatkan saya..lepas tu rindu saya.”
“ Ish….perasannya.”
“ Tapi..ada kan? Awak mesti ingat saya kan?”
“ Yer..” balasku. Kami berdua tertawa bersama. Tanpa sedar, sepasang mata telah menyaksikan pasangan yang asyik bercinta di depannya.
Share this novel