BAB 7

Romance Completed 10296

Jam kini sudah menunjukkan pukul 7.00 malam. Kenapalah aku boleh salah buat laporan tadi? Kini tinggal aku seorang sahaja. Takut juga aku seorang-seorang kat sini. Aku mencetak laporan yang telah ku siapkan.

Yes..aku boleh balik..aku segera menyusun kertas laporan itu mengikut muka suratnya. Aku mengemaskan barang-barangku yang berada di atas meja. Semua sudah siap.

Aku melangkah ke bilik Encik Haiqal untuk meletakkan kertas laporan ini di mejanya. Aku tak perasan pulak yang dia dah balik. Erm..tak kisah lah. Yang penting aku dah siap.

Aku mengambil beg tanganku yang berada di kerusiku. Tiba-tiba, seseorang berdehem.

“ HAH! Dah siap ke laporan pemasaran tu?”

“ Encik Haiqal? Encik buat apa kat sini? Encik belum balik lagi?” soalku yang terkejut melihatnya. Aku tak tahu pulak yang dia ni belum balik. Takkanlah aku buat silap lagi.

“ Dah..saya dah letak kat meja Encik. Erm..Encik..kalau tak ada apa-apa, boleh saya balik dulu.” ucapku perlahan. Riak wajahnya masih serius seperti biasa.

“ Awak balik guna apa?” soalnya tiba-tiba.

“ Err..saya naik bas jer..takpun teksi.” Encik Haiqal terus mengunci bilik pejabatnya dan berjalan semula ke mejaku.

“ Saya rasa malam-malam macam ni, susah nak dapat bas atau teksi. Saya tumpangkan awak balik.”

“ Eh…tak payah lah Encik. Takut menyusahkan pulak. Saya dah biasa naik bas.”

“ Ek eleh..kau ni jual mahal la pulak Cinta. Dah terang-terang, Encik Haiqal nak hantar kau. Kau ingat kau berani sangat ke naik bas malam-malam macam ni?” omelku dalam hati.

“ Tak apa la kalau macam tu. Tapi, kalau ada hantu ke, peragut ke, saya tak tahu yer..” duga Haiqal. Sebenarnya, Haiqal berasa serba salah pada Cinta kerana disebabkan ingin menyiapkan laporan pemasaran, Cinta terpaksa pulang lambat. Dah lah dia tu perempuan. Takkan lah nak biarkan dia balik malam seorang-seoarang macam ni.

Haiqal meninggalkan Cinta seorang diri. Haiqal sengaja menakut-nakutkanya. Dia tahu Cinta tu sebenarnya takut. Aku rasa betul juga cakap Encik Haiqal tu. Kut-kut ada orang jahat ke nanti..

“ Encik Haiqal! Boleh tak saya tumpang Encik Haiqal!” dengan selamba aku berlari mendapatkan lengannya kerana ketakutan. Haiqal terkejut dengan tindakan Cinta terhadapnya. Mungkin takut sangat si Cinta ni. Haiqal mengukir senyuman kecil di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience