Iqram berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Iqram tidak puas hati dengan apa yang baru dilihatnya sebentar tadi. Datin Haleeda naik pening melihat anak bongsunya ini berjalan ke sana ke sini tak tentu arah. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran anaknya. Datin Haeeda hanya mendiamkan diri saja. Pintu rumah dibuka.
“ Assalamualaikum.” Haiqal menyalam tangan mamanya.
“ Waalaikumsalam. Nampak happy je anak mama ni?”
“ Of course la…” jawab Haiqal yang berwajah ceria. Sakit hati Iqram bila melihat abangnya itu. Haiqal duduk di sebelah mamanya. Sementara, Iqram masih berjalan mundar-mandir. Langkah Iqram berhenti tepat di depan abangnya.
“ Abang! Betul ker abang bercinta dengan Amani?” soal Iqram kasar.
“ Iqram…abang akan jelaskan hal tu. Duduk dulu.” Haiqal faham kenapa adiknya itu bersikap begitu. Iqram juga menyukai Cinta tapi hanya sebagai kawan. Iqram tidak tahu akan hal itu.
“ Apa yang kamu berdua bualkan ni?” soal Datin Haleeda yang risau melihat anak-anaknya ini.
“ Mama..tak perlu risau. Biar Haiqal ceritakan semuanya.”
“ Iqram..yer abang mengaku abang bercinta dengan dia..abang tahu kamu mesti marah dengan abang. Tapi, abang nak Iqram faham yang abang betul-betul cintakan Cinta.”
“ Hah! Cinta! Heh..abangkan tahu yang Iq sukakan dia dulu!”
“ Abang tahu..tapi..Iq cinta ni tak boleh dipaksa. Abang sebenarnya sudah lama suka pada Cinta sejak Cinta pertama kali datang ke syarikat kita.”
“ Bohong! Habis tu..kenapa abang selalu marah-marah Amani..sampai buat dia menangis!”
“ Abang buat tu semua sebab abang nak dapatkan perhatian dia. Abang dah mula sukakan dia cuma abang tak nak tunjukkan depan kamu. Bila kamu beritahu yang kamupun sukakan Cinta, abang kecewa. Jadi..abang cuba pendamkan. Tapi, bila abang nampak kamu keluar makan lunch bersama hari tu, hati abang rasa cemburu. Abang tak dapat nak pendamkan lagi. Abang pun buat keputusan untuk meluahkan perasaan abang kepada Cinta. Alhamdulillah..Cinta dah terima cinta abang. Abang nak minta maaf pada kamu, Iq.
“ Iq..tak percaya! Iq nak jumpa Amani sekarang!” Iqram segera keluar dari rumah.
“ Pergi kejar dia, Haiqal!” ujar Datin Haleeda.
“ Biarkan dia ma. Cinta akan jelaskan semuanya kepada Iq nanti. Mama jangan risau.”
“ Haiqal..kenapa boleh jadi macam ni? Kamu pun fahamkan yang adik kamu tu hati dia tu cepat sensitif. Mama tak kisah kamu nak bercinta dengan siapa tapi mama harap kamu dapat berbaik dengan Iqram semula. Mama tak suka kalau anak-anak mama ni bergaduh.
“ Haiqal akan cuba ma. Mama pergilah naik berehat dulu.”
Share this novel