ENAM BULAN KEMUDIAN….
“ Aku terima nikahnya Cinta Amani binti Al-Adib dengan mas kahwinnya sebanyak RM 2000 tunai.” Dengan sekali lafaz aku telah menjadi milik Tengku Haiqal.
Haiqal menyarungkan cincin ke jari ku dan mengucup dahiku untuk majlis membatalkan air sembahyang. Aku sangat gembira kerana hubungan ku dengan Haiqal dapat diterima baik oleh mamanya dan juga Iqram.
“ Cinta…kenapa menangis ni?”
“ Cinta bahagia..la.”
“ Hemm..i think you forget something?”
“ Apa?” soalku.
“ Abang…” jawabnya.
“ Ish…tak malu. Baiklah…abang. Ok?” ucapku. Haiqal mengukir senyuman dan mengucup lembut tanganku.
“ Yehhh!!!! Cinta dah panggil abang!!!” Semua orang ketawa melihat telatah Haiqal. Baru je aku sebut abang, dah meloncat-loncat.
“ Abang…malu kat orang..”
“ Tak apa. Because my ‘Love is Cinta Amani’.
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar di majlis pernikahanku. Itulah..cinta itu ada manisnya, ada pahitnya, ada sukanya, ada dukanya. Pendek kata macam-macam ada.
Cinta akan bertandang bila hati kita telah diketuk oleh seseorang sama ada kita menyedarinya atau tidak. Apapun..aku memang bahagia sangat sebab dapat bersama dengan insan yang mencintai aku.
Iqram pun dah da[at penggantinya. Korang mesti tak percaya..guess what? Iqram sekarang ni dah bertunang dengan Ria. Aku pun mulanya terkejut juga. Ye lah..tak sangka yang Iqram ni akan jadi tunang kepada kawan baik aku ni.
Itulah..jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan. Sama ada cepat atau lambat, pasti akan tiba juga.
Share this novel