Aku dan Ria menunggu hidangan makan malam kami. Ria beria-ia sangat nak ajak aku keluar makan malam hari ni. Katanya..nak meraikan akulah sebab dah dapat kerja. Aku pun tak kisah sangat lah.
“ Cinta, so macamana dengan kerja? Ok?”
“ Well..right now..aku ok jer.”
“ Best la kau kan sekarang dah dapat kerja..nanti boleh la belanja aku..”usik Ria. Kami berdua ketawa.
“ Terima kasih..”ucap ku pada pelayan yang baru sahaja menghidangkan nasi goreng pattaya untuk kami berdua.
“ EH…Cinta, kau boleh ke kiri sedikir tak?”
“ Apa hal kau ni?”
“ Tak ada lah..aku dari tadi perasan yang dua orang lelaki kat belakang kau asyik pandang kita jer..kalau tak silap aku lar..”
“ Hah! Ok…kau relax. Biar aku cuba tengok..” aku pun menoleh ke belakang.
“ What?? Iqram!” sebutku. Iqram melambaikan tangannya ke arah ku.
“ Kau kenal ker lelaki tu?” soal Ria.
“ Yes…lelaki yang melambai-lambai tangan kat kita tu, nama dia Tengku Iqram. Sebelah..dia tu..abang dia yang serius tu la, Tengku Haiqal.” Jelasku.
“ Woo…both of them so hansome la..”puji Ria.
“ Memang la..tapi kau belum kenal lagi mereka tu. Si Iqram tu peramah sikit berbanding abang dia tu asyik berkerut je kat dalam ofis.” Tiba-tiba, Iqram berjalan menuju ke tempat ku.
“ Hai. Amani kan?” tanya Iqram yang kelihatan santai memakai baju t-shirt polo biru tua.
“ A’ah..Iqram kan!” balasku teragak-agak.
“ Tu lah..dari tadi saya perhatikan awak syok bercerita dengan kawan awak ni. Saya nak tegur tapi abang saya haling. Tapi, alang-alang kawan awak yang nampak saya tadi baik saya tegur kan!” ujarnya ramah.
“ Oh..yer ke. Kenalkan ini kawan saya Ria Melissa.”
“ Hai..panggil Ria je..”
“ Hai..saya Tengku Iqram. Panggil je Iqram. Kat sana tu abang saya Tengku Haiqal..tapi minta maaf la. Abang saya tu memang macam tu. Susah sikit nak bergaul dengan orang ni. Makan kat sini pun saya yang paksa..” Haiqal hanya melihat telatah adiknya itu bergaul mesra dengan pekerja barunya itu. Aku memang dah agak.
“ Oh..kalau macam tu saya tak nak ganggu korang berdua makan la. Tengok tu, muka abang saya dah macam singa daa..saya ke sana dulu yer.” Luah Iqram. Kami berdua hanya ketawa mendengarnya.
“ Ok.”
Share this novel