BAB 11

Romance Completed 10296

“ Abang..angah nak cakap sikit dengan abang. Boleh tak?” Iqram menyapa abangnya yang sedang menghadap lap topnya.

“ Ehm..tentang apa?”

“ Bang, saya nak minta pendapat abang?”

“ Pendapat?”

“ Well..look..angah rasa kan angah dah fall in love!” luah Iqram yang teruja kepada abangnya. Haiqal yang mulanya tidak mengambil peduli dengan adiknya itu tiba-tiba berminat untuk mendengar luahan adiknya sebentar tadi.

“ Dengan siapa?”

“ Cinta Amani!” Haiqal ternyata terkejut dengan apa yang yang baru didengarnya sebentar tadi.

“ Hemmm..” ucap Haiqal.

“ Hemmm…ajer..macam tak ikhlas jer?” Iqram sebenarnya hendak menguji perasaan abangnya itu terhadap Amani. Kerana..semenjak kebelakangan ini, Iqram dapat merasakan ada sesuatu di antara abangnya dengan Amani.

“ So, nak cakap apa pulak? Dah lah…abang dah mengantuk ni. Abang nak tidur. Pergilah keluar….” Haiqal menarik selimutnya untuk menutup mukanya.

“ Ye lah….baru luah sikit..dah mengantuk. Tak syok la abang ni..macamana nak ada girlfriend!!” sengaja Iqram menekan perkataan ‘Girlfriend’ kepada abangnya.

“ Jangan lupa tutup lampu!” arahnya sebelum Iqram menapak keluar. Iqram hanya tersenyum melihat gelagat abangnya itu. Tak apa. Yang penting, Iqram sudah meluahkan perasaannya pada abangnya supaya abangnya itu tahu bahawa dia suka pada Amani. Iqram dapat merasakan yang abangnya juga suka kepada Amani cuma abangnya itu terlalu ego untuk meluahkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience