Wah…aku tak sangka pulak Encik Haiqal ni jaguh main bowling. Kalau macam ni, boleh kalah aku dengan Iqram ni. Sekarang ni, aku dan Iqram ketinggalan 10 mata dibelakang Ria dan Encik Haiqal. Tak boleh jadi ni. Kini, giliran aku dan Encik Haiqal untuk bermain bowling. Aku harap kali ni aku dapat strike la..tolong…tolong aku yer…my pink ball..
“ Amani! Awak boleh!” ujar Iqram yang memberi kata semangat padaku. Aku hanya senyum kepadanya. Encik Haiqal masih serius seperti biasa. Bila lah agaknya aku boleh nampak dia senyum? Eh…kenapa pulak aku ni? Tiba-tiba, Encik Haiqal menoleh. Aku terus pandang ke depan. Memang tak boleh aku berdepan dengan Encik Haiqal ni.
“ Go..go..Encik Haiqal! Kalahkan Cinta!” usik Ria. Ish…Ria ni kan sengaja buat aku hilang fokus. Ok..relax Cinta. Sekarang kau kena tumpukan lorong bowling kat depan kau ni. STRIKE…STRIKE…STRIKE…..aku dan Encik Haiqal serentak membaling bowling ke depan.
“OK…OK…OK…terus…dan….Yehh!!!! Strike!!” jeritku.
“ Yer!! Awak strike! Dapat juga awak strike yer Cik Cinta..” ujar Encik Haiqal. Aku terkejut. Kenapa pulak suara Encik Haiqal ni dekat sangat kat aku. Aku menoleh ke kiri.
“ MAKKKKKK!!!!!” Malunya….kenapa la aku boleh pegang lengan dia pulak. Tentu Encik Haiqal fikir aku ni yang bukan-bukan nanti. Tu..lah..kau Cinta, nak gembira tak tengok sekeliling. Aku tertunduk malu. Dan..yang paling aku tak percaya..aku rasa Encik Haiqal menyebut nama aku dengan panggilan Cinta. Paling gempak lagi..itulah kali pertama dia sebut nama aku dan senyum. Is it true??? Aku segera melepaskan pautan tanganku dari lengan Encik Haiqal.
“ Errr..ma..maaf Encik Haiqal. Saya tak sengaja. Saya cuma terlalu gembira..”
“ Hem..” Itu sahaja darinya. La..serius semula ker..
“ Amani!! Awak hebat la..” tiba-tiba Iqram mencelah.
“ Ah..terima kasih. Biasa jer tu..” Iqram menyembunyikan rasa kecewanya bila Amani telah memegang lengan abangnya. Sebenarnya, Iqram menyimpan perasaan terhadap Amani sejak kali pertama berjumpa dengannya. Namun, Iqram hanya memendamkan sahaja perasaan itu. Iqram tidak berani untuk meluahkan perasaannya pada Amani kerana Amani baru berkenalan dengannya.
“ Saya tak sangka pulak abang ni hebat main bowling. Ingatkan, abang ni terror menghadap computer pejabat jer..” usik Iqram. Iqram berasa sedikit cemburu bila melihat kemesraan Amani bersama abangnya di depan matanya. Sejujurnya, Iqram pertama kali melihat abangnya tersenyum mesra. Kalau sebelum ini, susah sekali hendak dilihat abangnya itu untuk senyum. Jika senyum pun..hanya senyuman yang dipaksa sahaja.
“ Biasa jer.” Jawabnya pendek.
“ Cinta! Nampaknya, team kau dah kalah. So, kenalah belanja la kitaorang. Ok!” ucap Ria yang ceria.
“ Eee…mak cik ni! Tak sabar-sabar betul la. Ye lah..ye lah..”
“ Wait..wait…biar saya yang belanja.” Iqram menawarkan dirinya.
“ Eh…tak apa la. Biar saya jer.” Ucapku.
“ Eh..mana boleh pempuan yang bayar..”balas Iqram.
“ Macam ni lah. Apa kata kita kongsi bayar. Saya bayar bahagian Ria dan awak bayar bahagian Encik Haiqal. Macamana? Ok tak?” soalku.
“ Baiklah…kalau macam tu. Saya ikut cakap awak.” Iqram senyum kepadaku. Aku pula terasa malu. Haiqal hanya memerhati secara rahsia kepada Amani.
Share this novel