BAB 12

Romance Completed 10296

“ Hai..Amani, jom kita lunch sama-sama!” ajak Iqram. Sudah banyak kali aku menolak pelawaannya. Nak tak nak terpaksalah aku bersetuju. Aku dan Iqram masuk ke dalam cafeteria yang tidak jauh dari bangunan syarikat kami.

“ Hemm…susah betul nak ajak awak keluar makan dengan saya ni. But, I still like you.” Luah Iqram tiba-tiba.

“ Apa yang awak cakap ni? Stop joking!” aku tahu Iqram cuba untuk meluahkan perasaannya kepadaku. Namun, entah kenapa hatiku lebih tertarik kepada Encik Haiqal. Saat Encik Haiqal memanggil namaku dengan Cinta terasa begitu indah sekali. Ahhh….itu semua perasaan aku saja. Mana la Encik Haiqal nak pandang aku yang ni. Dah lah pakai kaca mata. Lagipun, aku ni siapalah sangat. Encik Haiqal tu kerabat diraja pulak tu. Memang mustahil..

“ Awak rasa saya tengah bergurau ke?”

“ Maybe…”

“ See…awak sendiri pun tak pasti.”

…………………

“ Terima kasih kerana sudi menerima cadangan daripada pihak kami. Syarikat kami tak akan menghampakan pihak Tan Sri.” Ujar Haiqal.

“ Baiklah, kalau macam tu, saya terpaksa beredar dulu sebab isteri saya baru jer telefon.”

“ Oh…ok. Saya pun nak beredar juga. Mari.” Ajak Haiqal.

“ Kamu pun..cuba-cubalah cari isteri. Kamu tu pun pun bukannya muda lagi.” usik Tan Sri Hashim.

“ InsyAllah..kalau ada jodoh, tak ke mana.”

“ Ye..lah tu.” Haiqal mengiringi keluar dari bilik khas cafeteria setelah selesai berbincang.

Rasa kekok pulak bila makan berdua dengan Iqram ni. Kalau dengan Encik Haiqal, tak adalah kekok sangat walaupun nampak jer serius. Entah kenapa walaupun Encik Haiqal bersikap begitu, namun aku masih rasa selesa. Aku memandang ke sekeliling cafeteria. Tiba-tiba…aku dan Encik Haiqal saling memandang. Nak senyum ke tak ni? Tanpa sedar aku menguntum senyuman kepada Encik Haiqal.

“ Amani…Amani..Hello..” sapa Iqram. Encik Haiqal terus berlalu pergi.

“ Yer…yer..kenapa?”

“ Awak tengok apa tu?”

“ Ehm..tak ada apa-apa. Jom gerak sekarang.” Aku mengajak Iqram. Aku rasa tidak senang hati pula bila melihat Encik Haiqal berlalu pergi begitu sahaja. Dia marah ke? Eh..kenapa pulak dia nak marah? Kau ni perasan betul la..Cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience